Saturday, June 30, 2012

Kekeruhan dalam Pendamaian


Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Rasa2nya dah lama ana tak update blog ni. Maaf lah, kebelakangan ni ana memang busy sikit dengan urusan pelajaran, and sekarang dah start cuti so insya allah ana ada masa untuk kongsikan serba sedikit ilmu yang ana ada utk pembaca semua ,

Topik kali ni memang agak sinonim sikit dengan antum semua, tipu jika ana dengar jawapan yang kat dunia ni tak ada orang tak pernah alami konflik masalah dalam perhubungan. Sesungguhnya dalam perhubungan itu pasti akan ada pahit dan manisnya, semuanya terpulang pada diri kita untuk "menghias"kan hubungan kita itu dengan rasa apa.

Kali ni ana cuba sentuh tentang hubungan cinta manusia.
Kalau dulunya masing2 khayal dan hanyut dalam percintaan yang tidak halal tapi andai salah seorang daripadanya berundur kerana takut akan "dosa ghaib" , apakah agaknya pasangan nya yang lagi satu tu akan fikir tentang si dia yang nak berubah itu?
adakah dia akan ingat bahawa "si dia" dah ada orang lain?
adakah dia akan ingat yang "si dia" tu nak berubah sebab nak cari perempuan yang lebih baik darinya?

Itulah yang kerapakali akan terjadi andai terjadi perkara macam tu dalam perhubungan cinta.
(sebenarnya ana tak galakkan antum semua bercinta sebelum bernikah) ..
Namun setelah berlakunya perpisahan antara mereka,adakah terus terputusnya talian "sahabat:" itu?
perlukah ada nya hadir perasaan "benci" terhadap "si dia" yang cuba berubah ??
Jelas di situ tiada kejujuran dalam persahabatan yang terjalin meski kejujuran itu sukar untuk di lihat dengan mata kasar namun kata hati itu mampu mentafsir erti kejujuran itu sendiri.

Ana masuk pula dalam hubungan sesama "sahabat"...
jika dulunya dia seorang yang jahil dalam agama,andai dia cuba berubah dan cuba mengajak kawan2 yang lain ke arah yg baik,adakah itu di kira "hipokrit dalam perubahan?"...
dia di hina dan di kutuk2 kerana perubahan sikapnya.Jika dulu dia ingin di terima dalam kalangan kawan2 dan terpaksa mengikut segala tingkah laku yang kurang sopan tapi sekarang dia di hina dek kerana sikapnya yang jauh lebih baik dari kawan2 dia.
Dia terasa tersisih dan dia cuba ingin kembali bersama kawan2 dan dalam proses pendamaian antara rakan,dia di sisih dengan teruknya.. adakah ini adil bagi seorang hamba yang cuba ingin berubah ke arah baik.???
jawapannya ya... sebab allah tahu apa yang terbaek utnuk hambaNYA. sehina apa pun kamu di pandang dalam mencari pendamaian,selama itu lah pahala dan barakahNYA sentiasa bersama kamu.

Jangan pernah mengalah dalam mencari pendamaian,kerana sesungguhnya ALLAH mencintai hambaNYA yang cuba menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi.




oleh itu andai perkara ini terjadi pada diri antum semua, BERSABARLAH.. kerana allah sentiasa bersama hamba2NYA yang bersabar dalam menerima ujian....
jangan pernah berputus asa dalam mencari kedamaian. jangan pernah menyalahkan takdir kenapa diri di "hentam" sebegitu rupa sedangkan anda berada di pihak yang benar (^_^)..


semoga perkongsian ilmu kali ini serba sedikit dapat kita ambil sebagai pengajaran dalam hidup kita.. semoga allah sentiasa bersama kita jika kita di pihak yang benar...




Friday, June 1, 2012

Sabar lah wahai HATI (^_^)

Assalamualaikum pembuka bicara ..(^_^)

Antum semua sehat yer? ana dah lama tak update blog and status.. hehe.. mesti antum semua pun tak tertunggu kan?? hehe.. Kali ni ana nak borak2 tentang "hati" ...  apa sebenarnya motif gula2 bentuk cinta kat atas tu?? dan apa maksud gula2 tu pecah?? Kita main teka teki ni.. huhu..

Biar ana berikan maksud yang "tersembunyi" tu.. hehe.. maksudnya ialah "HATI YANG HAMPA DENGAN CINTA MANUSIA".. agaka2 dapat agak tak? (apa punya ayat lah ni?? ==')
Manusia ni senang sangat "lumpuh" apabila di kecewakan oleh cinta manusia.. Memang lah tak lari dari lumrah yang cinta itu datang dan pergi... Tapi kena lah "stabil"kan kondisi kita apabila ianya pergi...

Sejujurnya ana mengaku yang ana sendiri pernah merasa "ketidak stabilan" diri apabila cinta itu pergi tanpa kita duga.. (jiwangnye ayat..geli).. erm, memang pada mulanya hati itu akan dapat satu kejutan yang amat sakit untuk diterima hati,tapi apabila kita istighfar dan fikir sejenak hikmah yang tersembunyi dalam nya, INSYA ALLAH kita akan dapat merasa ketenangan selepas itu...

Tidak akan semua yang kita rancang akan menjadi dan kekal untuk selamanya. Dan takkan ada jugak cinta yang kekal abadi selain cinta kepadaNYA. Sepahit mana rasa yang menimpa kita, MANISKANLAH ia dengan mencari cintaNYA... Pada ana, kemudahan dalam mencari cintaNYA selepas kehilangan cinta "dia" amat jelas dan tak perlu ana nafikan. Kita jangan terus mengharap cinta yang dah pergi itu akan kembali pada kita dan akan bersemadi dengan semulajadi (kecuali dengan ketentuanNYA) , tapi kita kena mengharap DIA memberikan petunjuk tentang apakah "kemanisan" yang DIA selitkan dalam kepahitan yang kita sedang alami (^_^)


Ana sendiri sentiasa dalam usaha untuk mencari cinta yang hakiki dariNYA. Kerana apa yang kita perlu buat dalam mencari dan membuat sesuatu perubahan adalah "ISTIQAMAH" dalam perubhan itu.. INSYA ALLAH DIA sentiasa bersama kita dalam usaha kita itu. Kenikmatan cintaNYA adalah merupakan suatu nikmat yang paling besar andai dapat kita kecapinya.

HATI itu kita tak boleh nak paksa untuk "direct" menerima kenyataan tentang perkara pahit yang kita lalui.. Perlu lah amek masa untuk menerima semuanya. Ana sendiri menyesal dengan apa yang terjadi selama ini. Mengharapkan sesuatu dan "masjid" terbina namun segala kelengkapan dan bahan2 binaan masjid semua di curi orang lain. Memang susah giler tau nak bina sebuah masjid yang dalamnya terkandung komuniti2 yang baik (soleh dan solehah) .

Jadi sebagai nasihat dari ana, andai cinta manusia kita hilang, pohonlah kepadaNYA cinta yang hakiki dariNYA. moga2 DIA mendengar rintihan kita dan memberi cinta dari hambaNYA yang mencintaNYA dengan sepenuh hati dan keikhlasan.Jangan mudah terkejut beruk dan sawan apabila kehilangan cinta manusia, tapi TERUJA lah untuk mencari cintaNYA selepas hilang cinta "si dia" ...


LAGU pilihan ana untuk antum semua menikmati dan mencari maksud "sentap" dalam lirik lagu ini.. semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatanNYA dan moga DIA memberikan kita cinta yang kita impikan.. amin....

Assalamualaikum.. (^_^)

Saturday, May 26, 2012

bila kita "jumpa balik" jalanNYA..

Assalamualaikum  pembuka bicara ana pada kali ini...

Manusia ini dijadikan sebagai seorang yang tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Tapi adakah kesilapan itu akan terus kita buat kalau kita jumpa "jalan" yang betul ??
Adakah kita akan terus di belenggu dengan rasa dosa andai kita ada usaha untuk mencari jalanNYA?

Ana sendiri jugak bukannya baik sangat. Dosa itu tak pernaj jauh dari ana, ada je yang ana lakukan. Tapi ana takkan biarkan semua tu terus menerus datang dan menguasai diri ana. Manusia mana yang ingin dirinya di belenggu dosa dan maksiat? Pasti tak tenang hidupnya nanti..

Setiap dosa yang kita lakukan itu pasti ada pengampunan di sisiNYA. Jangan pulak antum semua salah sangka yang kita di benarkan buat dosa sesuka hati. Ana sendiri pernah hanyut dalam kancah "cinta manusia" .
Sesungguhnya andai cinta manusia di salah tafsir,pasti diri ini akan terus lemas dalam lautan "cinta mainan" itu.

Ana pernah cintakan seorang wanita yang mana dia dah banyak mengubah diri ana (ini hanya pandgan ana sebelum ana sedar akan kebenaranNYA). Ana letakkan sepenuh perhatian ana pada dirinya dan ana sama2 mengajak dia untuk berubah ke arah yang lebih baik. Untuk mengubah manusia itu memang banyak ragam dan caranya. Kami sama2 mencari cara yang boleyh "menghalalkan" cinta kami ini tapi ana "SESAT" sendiri dalam pencarian itu. Ana terlalu meletakkan kepercayaan kepada dia sehinggakan pada suatu hari ana di kecewakan olehnya.

Lepas kejadian itu ana terus menyalahkan diri sendri kerana tak dapat membawa dia ke arah yang lebih baik. Ana salahkan diri ana kerana terlalu cintakan manusia sehingga ana terlupa "PENCIPTA" manusia itu sendiri. Ana terus pergi membawa diri jauh dari dirinya dengan harapan ana ingin dia mengekalkan perubahan yang sama2 kami lakukan.
Barulah ana merasai kenikmatan mencari cinta DIA daripada kenikmatan cinta si dia.
Ana juga sedar bahawa cinta manusia itu tidak akan nikmat kalau kita tak dahului cinta kepada DIA.

   Sakitnya cinta manusia itu seperti di cucuk jarum hati ini andai kita di kecewakan.
Tapi cinta dari DIA tak pernah mengecewakan hati kita, malah insya allah cinta itu akan lebih mendekatkan lagi diri kita padaNYA.
LIHAT~~
Bila kita di beri kesempatan dan peluang berjumpa "kelurusan" jalanNYA, jangan lepaskan peluang keemasan itu dan cuba lah hayati setiap musibah yang berlaku. Pasti akan ada hikmah yang DIA sengaja sembunyikan supaya kita sebagai hambaNYA ini dapat melihat dan mencarinya dengan mata hati,....

Harapakan lah kita di temui hambaNYA yang mencintaiNYA agar kita sama2 cintakanNYA demi meraih keberkatanNYA.
Apa yang ana harapkan sekranag adalah DIA sentiasa bersama ana dalam perjuangan ana menuntut ilmuNYA ini. Soal CINTA ana serahkan segala2nya pada DIA untuk menentukannya.
Ana percaya bahawa jodoh kita di dunia ini sudah di tetapkan olehNYA dan tak kan ada sapa boleyh ubah apa yg tercatat di "luh mahfuz" ...

moga kita merasakan "lautan dan kemanisan" cintaNYA... (^_^)


Ana hadiahkan lagu ini sebagai "penyentuh" cinta kita kepada NYA.. dan moga2 kita merasakan "sentuhan" cintaNYA kelak.. aminn

wasalam.. (^_^)



Friday, May 25, 2012

"CINTA" bukan ku pinta

Assalamualaikum antum..

Rasanya dah lama ana tak update blog ni.. hehe... Ana berbesar hati hari ni nak update tentang cinta.. Tapi ni tak bermaknya tajuk tu membawa maksud ana di "jatuhkan" cinta.. hehe... Namun begitu (skema gila) , ana tetap mengharapkan cinta yang hakiki dariNYA... (kita pun kena berusaha jugak)

Antum semua pernah tak tibe2 rasa hati kita "dijatuhkan" cinta pada sesiapa sahaja yang pertama kali kita pandang,wowwww! terus sentap... MESTI PERNAH KAN ????
UNTUNGLAH..~~ ana sendiri tak pernah rasa macam tu. .. So ,, ana nak tanya...
adakah itu dinamakan cinta pandangan pertama ???? (cuba fikir kejap...kejap je)

SEsungguhnya cinta dariNYA itu merupakan cinta yang ternikmat sekali... tapi cinta hambaNYA kepada kita?? adakah ianya suatu permainan??  atau pun kebetulan ??
Pada pandangan ana sendiri cinta yang hadir tanpa kita pinta itu merupakan suatu perkara yang tersembunyi kemanisan dalam kepahitan... Namun ianya haruslah berlandaskan hukum hakam ISLAM yang di tetapkan...

Andai seorang wanita itu di datangi oleh seorang lelaki yang tiba2 menyatakan hasratnya untuk menikahi dirinya ... Apa yang perlu wanita itu buat ??? Kita landaskan semua perkara itu atas dasar yang ISLAM dan tetapkan ... jumpa lah ayah si wanita itu dan nyatakan hasrat suci mu itu TETAPI..... Ianya haruslah lulus atas kemampuan kita untuk memberi jaminan kepada ayah si wanita itu yang kita mampu untuk menjaga anaknya sehabis baik... (wah... gaya ana cakap macam ada pengalaman)

Anggaplah segala yang berlaku itu merupakan ketetapan dariNYA yang mana DIA lebih mengetahui kemanisan yang "terselit" dalam sesuatu yang berlaku itu .. Bila DIA tetapkan "itu" .. pilihlah "itu" .. (antum faham ke apa yang ana sampaikan ni?? hehe)

Namun rugilah bagi mereka yang langsung tak merebut peluang untuk mendambakan cinta dariNYA dahulu sebelum mendambakan cinta hambaNYA... Jangan sekali2 kita abaikan cinta dariNYA.. Kita mahukan cinta abadi dari hambaNYA tapi kita tak pohon pun cinta abadi dariNYA..
ITU TAK ADIL!!!!

Cuba bayangkan ana ada seekor kucing betina ... then kucing tu dapat jumpa kucing jantan pujaan hati "dia" .. apa yang berlaku ialah kucing antum melupakan antum yang selama ni membesarkan "dia" sejak kecil lagi setelah "dia" berjaya mendapatkan kucing jantan idaman hati ... mesti kita marah kan ???
(hope antum faham ==')

Jadi sebagai konklusinya cinta itu pasti akan hadir juga dalam hati kita tak kira macam mana pun caranya.. Andai ianya buka secara kita pinta, percayalah ianya ada hikmah terbaek untuk kita .. andai ianya "secara terancang" , RANCANGLAH cinta itu berlandaskan agama kita,.bukan berdasarkan "nafsu" kita...

APA YANG BAIK TU DATANG DARI-NYA DAN YANG KURENG TU DATANG DARI-NYA DAN DI SANDARKAN PADA KELEMAHAN ANA SENDIRI ...
nak lagu tak ?? hehe... amek ni...

MARI kita bermuhasabah cinta kita ni..adakah ianya pada DIA atau pada "dia" ??? hehe..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CINTA DARI ANA..

Saturday, May 19, 2012

Cinta high class.... terbaek.. (^_^)




Assalamualaikum antum... ^^


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Err, apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.

Saturday, May 12, 2012

Keras tak hati kita ???


Assalamualaikum dan salam sejahtera dari ana sebagai pembuka bicara (mahai ayat ==')

Antum semua pasti semua dah biasa kan dengan perkataan "HATI KERAS" ... Seperti yang biasa kita tahu hati ni memang mengawal tubuh badan kita. "Kotor"nya hati maka "kotorlah" perbuatan kita. Tapi kita tahu tak apa punca "kekerasan" dan "kekotoran" hati kita??

Apa yang ana nampak sejak dua menjak ni ramai dari kita dan termasuk ana sekali , hati kita ni "keras" untuk menerima teguran dan nasihat. Hati kita juga selalu bersikap negatif terhadap kebaikan yang di buat oleh orang lain. Ini lah di katakan penyakit hati yang mana DIRI SENDIRI je yang mampu selesaikan sakit kronik ni.

Kalau kita tengok pic kat atas tu pun kita dapat simpulkan yang sekeras mana hati kita itu pasti akan ada kelembutan yang tersimpan di dalamnya. Cuma kita kena lah gunakan cara yang sesuai untuk pecahkan "kekerasan" yang menyelubungi hati kita. Jangan salah cara pulak , nanti confirm "bersepai" hati tu... kena buat elok and ada cara2 tersendiri yang insya allah selamat...



Tengok hati yang di kunci tu, macam2 kunci try guna tapi last2 kunci yang tak di sangka2 dapat bukak "lock hati kita". So apa yang boleh kita boleyh buat untuk gantikan posisi "kunci" tu dengan perbuatan kita.??????

Pada ana, cara yang terbaek untuk "buka" dan "pecahkan" kekerasan hati kita adalah kita rujuk kembali AL-QURAN DAN SUNNAH. Itu adalah rujukan utama umat bagi umat islam yang NABI MUHAMMAD S.A.W  tinggalkan untuk kita sebagai panduan dalam pelbagai masalah yang kita hadapi.

Dan selain itu cuba lah "ajar" hati kita ini untuk menerima nasihat dari orang lain. Andai kita gagal buat macam tu mungkin ada sesuatu yang "rosak" dalam hati kita. Kita kena check balik semua tu ok.
Dalam dunia tak semua apa yang kita sangkakan baik adalah buruk TAPI tak semua juga yang kita sangka "buruk" tapi ianya "baik" di mata semua. Peningkan??? senang cerita bersangka baiklah terhadap apa yang orang lakukan BUT kalau perkara tu dah betul2 salah dan "sahih 100%" baru lah kita ambil tindakan suapaya ianya tak terpesong jauh dari suruhan ALLAH S.W.T.. (^_^).

Insya allah ana rasa cukup sekadar sampai sini je kot. Ada masa lagi kita akan bincangkan lagi tentang masalah2 hati. Banyak jugak tau.. hehe.. Apa pun ana harap semua dapat mengambil iktibar terhadap apa yang ana cuba sampaikan. Moga ianya ada ganjaran buat kita di sisiNYA.. aminn ..
WASALAM....





Friday, May 11, 2012

Hakikat cinta dalam "HATI"


Assalamualikum dan salam cinta untuk antum semua (^_^)
Selalu kita menyebut cinta,namun kita takkan mampu menafsirnya dengan satu maksud je. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Memang rugi gila dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu indah sangat jika kita fahamkan. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Then rasa2 cinta yang seterusnya apa eak?? Mestilah cinta "ayah ibu". Cinta yang mungkin menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak pergi hantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.Dasar anak tak kenang budi =='
Dan paling FAMOUS AND FABOLOUS, cinta sesama "manusia". Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Sebab hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Tapi serius caranya berbeza. Lain cara kita menyayangi ibu, and lain pulak cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Bila seseorang tu menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk , kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Tak bermakna bila kita memilih, kita dah lupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan "bervariasi". Rugilah jika kita kalau pilih "satu" je.. (^_^)
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara "emosi". Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatiNYA. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
Maaf lah jika ana hari ni guna ayat formal and jiwang sikit tapi ini hasil dari pembacaan ana dan ana tersangatlah tertarik dengan artikel ni.. (^_^) .. ana bagi dengar lagu ea?? hehe ^^
hari ni kita dengat lagu cinta2pulak.. (^_^)
OK... Assalamualaikum (^_^)


Adakah SAHABAT itu KAWAN ?


Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ..

Agak2 antum semua dapat "catch up" tak apa yang cuba di sampaikan melalui pic yang kat atas ni ? Ana tertarik dengan kata2 "pujangga" tu .. Semuanya meng "expalain" kan tentang teman yang baik .. Tapi pernah tak antum semua terfikir apa pulak kata2 "azimat" untuk teman yang "KURANG BAIK" ???

Sesungguhnya dalam hidup ini adakah kita perlu bersikap adil pada teman yang baik je ??? Dalam bahasa "kasornye" perlu ke kita tak amek peduli lagsung tentang sahabat2 kita yang "kurang baik" tu ?
Kita hidup di dunia ini kan ada tanggungjawab kita iaitu membawa orang ke arah yang baik .. Rasa2nya kita berjaya tak bawak watak "khalifah" itu terhadap teman kita ??

Sahabat yang baik adalah seseorang yang selalu mengajak sahabat2 nya ke arah yang lebih baik dan me"maintain"kan perubahan yang di lakukan bersama itu . Ni tidak ..!! Kita asyik abaikan je kawan2 kita yang terpesong jauh tu dan tak ada sikit pun rasa "ringan tulang" untuk betulkan "kerosakan2 jiwa" kawan kita itu . Jangan macam ni ... Kita hidup di dunia ini bukan seorang .. Kita juga ada kawan2 yang mana dalams senang and susah , mereka tetap ada .. Jangan mengharapkan kawan tolong kita kalau diri kita sendiri ni tak ada INISIATIF untuk tolong kawan2 masa mereka susah .

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (QS. AN NISAA':1)
Cuba antum semua rujuk kitab suci kita yang mana ALLAH s.w.t menekankan bahawa "hendak lah kamu saling menjaga dan memelihara hubungan silaturahim" . Ada ke ALLAH "mention" kan yang kita kena jaga hubungan baik kita dengan kawan2 yang baikkkkkk jeee~~~
TAK DE KAN ?? Menjaga hubungan kita bukan je kena dengan kawan2 yang baik . Kalau macam tu memang orang yang baik asyik kawan dengan orang baik je lah  and orang yang "kurang baik" tu akan teruskan tabiat dia yang kurang baik tu sebab takde pergaulan dengan kawan2 yang "baik" .

Memang ada pepatah yang mengatakan kena kawan dengan orang baik untuk jadi baik , Ana sendiri tak menolak kebenarannya tapi kita perlu juga fikir untuk "TARIK" kawan2 kita yang dah terpesong jauh dari jalanNYA . Tak kan kita nak masuk syurga sorang2 ??
Memang lah kubur masing2 tapi istilah "ORANG LAIN"  tu boleh di guna macam ni :

1.ORANG LAIN yang mandikan jenazah anda .
2.ORANG LAIN yang mendoakan anda bila anda "di jemput" olehNYA (tu pun kalau kita baik dgn kawan kita)

PUAS HATI ?? Agak2 dah ada sikit belum rasa bersalah kita terhadap kawan2 kita ??
Tak pe~ Tak terlambat lagi untuk kita  sama2 "betulkan" jalan yang dah bengkok2 tu ....


Ok.. Ana tertarik dengan pic ni.. hehe.. Ana tak nak explain tapi ana nak antum semua amek intipati itu sendiri .. "Masak sendiri , Makan sendiri"... hehe.. tu lah yang ana selalu buat bila kat negara orang ni .. Mengaplikasikan segala2 perbuatan menjadi sesuatu yang baik. .. ALHAMDULILLAH ana di "bekalkan" dengan sahabat2 yang baik2 dan ana juga sentiasa dalam "usaha" untuk mengajak sahabat2 ke arah yang baik .. Ana sentiasa impikan "UKHWAH FILLAH" ...
Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memberkati hubungan kita dengan sahabat2 kita agar ianya berkekalan sehingga ke syurgaNYA.. aminnnn...

Nak lagu tak ni?? hehe... mesti kena ada punya.. wajib~~~ hehe (^_^) ..Ana dendangkan untuk antum semua lagu yang masa dulu2 ana suka nyanyi sorang2 lagu ni.. hehe.. sebab best.. and antum semua pun rasanya dah hafal and entah2 dah ada yang selalu "KAROK" lagu ni.. hehe... untuk antum semua.. (^_^)


Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ... (^_^)


Wednesday, May 9, 2012

Bermulanya suatu PENGHIJRAHAN

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ... 


Cantik tak pic kat atas ni ?? agak2 "feeling" tak bila antum semua MENATAP dengan pancaindera yang DIA dah bagi pada kita ?? Or tiada apa2 perasaan langsung yang hadir dalam "controller @ hati" kita tu ??
Ana paling suka qoutation : 


                             "ALLAH IS ALWAYS READY TO ACCEPT"


Agak2 sebab apa ?? jeng2 .... Kali ni kita borak2 dengan lebih serius sikit sebab ini merupakan suatu luahan yang mana berlakunya suatu penghijrahan dalam hidup .. Bukan senang kita nak "berhijrah" untuk diri sendiri . Entah kita tak pernah pun terfikir untuk melakukan "hijrah" untuk diri sendiri . HIJRAH yang ana maksudkan adalah " TAUBAT " .
Mungkin antum semua pernah mengalami peristiwa hijrah dalam hidup antum semua .
Begitu juga ana , yang mana peralihan dari " zaman gelap " ke "zaman kebangkitan " adalah peralihan yang sangat mencabar dan bukan semua orang mampu lakukan kecuali dengan ketentuan dariNYA ......


Pernah atau tidak antum semua mendapat "petanda" yang buruk atas segala dosa2 yang kita dah buat padaNYA ????
Pernah atau tak antum semua mimpi di seksa dan di hukum atas kesalahan kita selama kita hidup di dunia ini ???


For surely tak ada sapa pun nak perkara sebegitu terjadi pada diri sendiri kan ? tapi andai kat perkara tu terjadi , apakah tindakan antum semua ?? 
Adakah akan masih menganggap bahawa "MIMPI ADALAH MAINAN TIDOR" ????
Kalau antum mimpi jadi "kluang-man" pergi selamat kan orang awam dari jenayah tu barulah dikira mainan mimpi antum oiii...~~~ 


"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. AN NISAA':17)
Tak cukupkah lagi dengan ayatNYA ini menyatakan erti taubat di sisiNYA yang mana kalau kita definisikan sendiri pun boleyh dan masuk di akal ...
Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu sentiasa menerima taubat dari hambaNYA yang ingin melakukan "penghijrahan" dari zaman kejahilannya kepada yang lebih baik .
AKAN TETAPI , peluang itu akan tertutup bagi kita semua andai kita pergi menghadapNYA dalam keadaan kita di kotori dengan dosa2 yang tidak sempat memohon taubat dan ampun dariNYA. .. nauzubillah.. jangan lah kita tergolong dalam orang2 yang berikut... 


A




Lihat pula ayat ni ... Masih tak yakin kah lagi kita dengan kata2NYA yang menyuruh kita supaya jangan berputus asa dalam bertaubat... sejahat mana pun kita dulu , andai ada terdetik dalam hati ini untuk berubah , syukur alhamdulillah... teruskan lah niat baik sucimu itu .. Jangan cepat menjatuhkan diri sendri dengan menganggap dosa2 yang selama ini kita lakukan tiada kemaafan dariNYA . Selagi sempat untuk kita "mengadu taubat" kepadaNYA , GUNAKANLAH kesempatan itu .


Pada ana permulaan suatu perubahan itu mungkin sukar bagi kita . Cuba antum semua bayangkan kain putih yang di seliputi minyak dan kita ingin hilangkan semua minyak2 itu supaya menjadi putih suci itu semula ... MUDAH KAH ?
Tentu jawapan antum semua "SUSAH LAH , LEPAK WOO,.. TAK MAMPU KOT"...
AMEK NI.. >


"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." (QS. AL ISRA:19)


Ada apa2 respon untuk ayat ni ?? hehe... ana tahu antum semua pasti mampu memberi makna ayat ini dan menujukan maksud ayat NYA ini pada diri sendiri . Perubahan itu memang bukan mudah tapi kalau kita tak berusaha ke arah itu untuk mengubah diri kita, siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri ... Susah macam mana pun kita tetap kena ubah jugak.. JANGAN BESORKAN MALAS TU SANGAT. ... ( mak ana selalu cakap )


Mulakan lah perubahan kita dengan "meminta pengampunan" dariNYA dan dari semua kenalan yang pernah kita sakitkan hati . Pada ana kalau kita buat macam tu , insya allah orang yang kita mintak maaf tu akan mendoakan perubahan yang ingin kita buat ...
BUANGLAH JAUH2 PERASAAN MALU tuu~~~~~


Kita buat perkara baik bukannya perkara yang sia2... biarkan buah mulut orang mengata kita yang apa2 asalkan kita teguh dengan pendirian kita untuk mngubah zaman gelap kita ke zaman kegemilangan dalam hidup kita . Mungkin ada saja yang akan mempertingkaikan tapi kuatkan iman antum ... PERCAYA YANG ALLAH SENTIASA DENGAN KITA ......
Ana  sendiri banyak melakukan dosa dan ana sentiasa rasa bersalah akan dosa2 yang ana dah lakukan dulu.. tapi ana percaya bahawa DIA maha pengampun ... TAPII.... semua ni tak bermakna bahawa kita boleh main2kan sifat "MAHA PENGAMPUN" allah s.w.t dengan sesuka hati kita . Kelak kita yang mendapat "balasan" dariNYA.. Nauzubillah....(^_^)


Ana harap kita semua sentiasa dekatkan diri dengan DIA yang mana itu juga salah satu cara untuk kita bertaubat kepadaNYA . Berdampinglah dengan ulamak dan ahli ilmu untuk mengetahui cara2 yang boleh mendekatkan diri kita dengan DIA . Rujuklah pada yang pakar kerana manusia ini sudah diwujudkan dalam dirinya untuk saling tolong menolong ke arah kebaikan . 


ehem2.... Macam biasalah.. ana akan "hidangkan" antum semua yang membawa makna untuk kita sedar akan dosa2 kita yang selama ni kita tak perasan... pohonlah keampunan dariNYA... 




Moga permulaan yang ingin kita lakukan ini di lindung olehNYA . Ingatlah tiada yang mustahil dalam melakukan perubahan. ... Ana mendoakan kita semua supaya sentiasa dalam rahmat dan kasihNYA.. amiin...
ASSALAMUALAIKUM dan salam cinta.... 







Langkah kita adalah Ketentuan-NYA ..

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ..
Dah lama ana tak "mengupdate" blog ana ni.. moga antum semua masih sihat dan di berikan kesejahteraan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T ... amin..

Comel tak budak yang tengah mengaji @ memahami KITAB ALLAH (AL-QURAN) itu ??
Agak-agak pada pandangan antum semua mereka tu tengah buat apa ? mengaji ? mencari maksud ?
Mereka tengah mencari " ILMU ALLAH " dan sepadan dengan apa yang berlaku sekarang yang mana pelajar2 lepasan SPM sedang GUNDAH GULANA , JIWA KACAU , MANDI PUN TAK BASAH ...

Ana dulu pun pernah lalui semua perkara tu yang mana kita sebagai remaja @ akar kehidupan , akan merasakan "kerisauan tahap maksima" apabila TERPAKSA membuat pilihan dalam menceburi minat yang bakal kita ambil di peringkat pengajian tinggi .
Jadi sudilah kiranya andai antum semua mendengar "ceritera cinta" ana semasa berada dan merasai apa yang antum semua rasa dalam drama antum yang bertajuk "KACAUNYA JIWAKU ALAHAI" ,,

Pada ana dalam membuat keputusan untuk memilih bidang yang kita minat adalah yang pertama bergantung pada NIAT DALAM HATI KITA . Dalam islam sendiri dengan "mantapnya" menyatakan bahawa setiap perbuatan yang baik itu adalah perlu di dahulukan dengan NIAT kita dan TUJUAN kita melakukan sesuatu perkara itu . Pada ana MINAT BUKAN SEGALA2NYA . Ana sendiri dulu "terperangkap" dengan propaganda yang menyatakan bahawa "PILIH BERDASARKAN MINAT" .. Oleh itu ana nak tukar

                                   " PILIH BERDASARKAN NIAT "
Macam ana sendiri dulu cita2nya teringin sangat menjadi seorang PENDIDIK @ USTAZ .Tapi sekarang ana berada di bumi sonata ini dalam bidang kejuruteraan . Adakah ana buat ini kerana minat ? tidak.. kerana minat ana adalah dalam bidang pendidikan tapi ana "transform" kan minat ana itu menjadi NIAT ana..
Ana mula pasangkan niat , ana belajar bidang kejuruteraan adalah kerana ALLAH .S.W.T dengan redha dari ibu bapa ana dan supaya ISLAM ini maju dan bangkit dengan bidang ini . Niat ini datang "MENGEJUT @ TIBA2 yang mana sebelum ini ana tak pernah pun rasa untuk buat macam ni . Ana seorang yang tidak suka andai kehendak sendiri tak dapat di tunaikan tapi ALLAH s.w.t maha mengetahui apa yang terbaek untuk hambaNYA.. Ana percaya bahawa dengan berpijaknya kaki ana ini di bumi sonata , ana kena pasangkan niat yang baru yang mampu mengubah diri ana dan agama dan yakin bahawa ALLAH dah sediakan KEMANISAN yang sentiasa menanti hamba2NYA yang bersyukur dengan nikmatNYA .


Kepada antum semua yang ingin membuat pilihan bijak , pilihan ibu bapa juga adalah merupakan pilihan yang terbaik bagi kita . Ingat lah bahawa redha ilmu kita juga datang dari redha ibu bapa . Andai pilihan kita "terpesong @ lari " dengan pilihan ibu bapa , bawalah berbincang .
Alhamdulillah pilihan ana untuk menjadi "engineer"  (doakan ana..aminn) tidak di tentang keluarga  kerana ana dah jelaskan segala2nya semasa melangkahnya kaki ini ke arah "menengah atas" .

Untuk menjadi seorang yang bijak dalam membuat pilihan adalah kita berfikir 10 kali sebelum dan 10 kali selepas . Jangan pulak fikir tu atas dasar nafsu semata-mata . Kita sebagai orang islam ada cara yang di ajar dalam membuat keputusan . Sesungguhnya islam itu agama yang tersusun .
Kita di ajar supaya ber "ISTIKHARAH" dalam membuat keputusan . Kerana sejauh mana minat kita dalam sesuatu bidang itu , kalau tak ada ketentuan dariNYA kita takkan dapat juga .

Ana sendir dulu DILEMA dalam buat keputusan .. Pada mulanya ana hanya di tawarkan dengan MATRIKULASI DAN DIPLOMA sahaja . Hati mana yang tak hancur andai keputusan SPM cemerlang (alhamdulillah rezekiNYA) tapi hanya di tawarkan dengan dua peluang tu je .
Akan tetapi .... Ana cuba "marah" diri sendiri .. kenapa perlu ana rasa kecewa dengan peluang yang tak semua orang dapat ni ?

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. ALI IMRAN:145)
Kita boleh ambil pengajaran dari ayat ini bahawa ALLAH kan memberikan lebih kepada hambaNYA yang bersyukur . ALHAMDULILLAH segala puji bagi ALLAH S.W.T kerana sehari sebelum ana daftar untuk MATRIKULASI , rezeki dariNYA yang menakdirkan ana menyambung pelajaran di negara orang (bumi sonata) .. Itu merupakan nikmat yang paling manis pernah ana rasakan dalam hidup ini .

Niat ana bercerita bukan atas dasar riak dan ingin menunjuk tapi ana mahu antum semua dapat "cungkil" apa2 pengajaran yang dalam hidup ini , kita tak perlu berada dalam "gegelung kerisauan" akan takdir atau nasib malang yang bakal menimpa kita kerana apa yang terjadi dalam hidup ini , DIA dah letakkan segala sebab yang MANIS2 BELAKA untuk kita... percaya lah bahawa ....

" DALAM KEPAHITAN PASTI TERSELITNYA KEMANISAN "
Apa yang ana mahu antum semua "simpulkan" adalah andai keputusan dan kelulusan yang kita perolehi sekrang tidak membenarkan kita mengejar niat kita , kita "transform"kan lah supaya ianya dapat pulak mengejar "NIAT"  kita. ..
Ana harap antum semua mulai dari saat ini dapat pasangkan niat yang baik dalam menuntut ilmu NYA . Ingatlah bahawa ilmuNYA itu luas dan tak kan habis untuk kita menuntutnya . Tiada pengakhiran dalam menuntut ilmuNYA . Kita semua baru je melangkah ke alam yang baru dan masih mentah lagi .
Rezeki NYA itu berada di mana-mana dan andai bukan sekrang kita nikmatinya , pasti ada masa yang telah pun DIA tetapkan bagi kita .
CEMBURU dengan kejayaan orang lain memang boleyh tapi jangan lah sampaikan ianya menjatuhkan diri sendiri .

Ana harap antum semua dapat lah intipati yang ana cuba sampaikan ini . Dari 100 % yang ana sampaikan ini,  cukuplah 2% antum semua dapat dan amalkan . Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah2 yang masak ranum .


Macam biasa mestilah ana tinggalkan antum semua dengan sebuauh lagu kan .. hehe..
Lagu ini memberi pengertian bahawa dalam dunia ini jalan kita masih panjang dan macam2 cabaran lagi yang bakal kit ajumpa dan akan lalui . Jadi tabahkan dan kukuhkan lah iman dalam hati kita...  biarlah jadi ornag yang "DALAM HATINYA TERSERLAH IMAN " nya..

Ana minta undurkan diri ... maaf andai ada kata2 yang tak sedap "cuping telinga" antum semua dengar...
Assalamualaikum dan salam cinta dari ana...


Saturday, April 28, 2012

Sukarkah untuk BERSYUKUR??

Assalamualaikum dan salam syukur dari ana (^_^) ...

Kenapa ana gunakan "salam syukur" ?? Cuba teka ??
Pernah kah antum semua fikir sejenak yang berapa kali kita lafazkan "alhamdulillah" selama kita hidup MENUMPANG di bumiNYA ini ??
Ada atau tidak terdetik rasa "SOMBONG" terhadap ALLAH S.W.T ??

ALLAH S.W.T dah mengingatkan hambaNYA bahawa kita perlu bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi . Tak kira lah ianya sesuatu yang "pahit untuk ditelan" ataupun "manis untuk di hisap" . Segala2nya kita perlu selitkan rasa KESYUKURAN kepadaNYA .
Dah cukup sangat kah bakti dan jasa kita kepadaNYA dalam mengikut perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA ?

"Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. AL MU'MIN:61)
Cuba kita rungkaikan ayatNYA yang sebenarnya banyak memberikan makna dan definisi tentang makna bersyukur .
Seseungguhnya DIA sudah memberikan pelbagai jenis nikmat yang kita sendiri tidak menjangka akan kenikmatannya . ALLAH S.W.T dah mentionkan bahawa terdapat juga hamba2NYA yang tidak bersyukur atas nikmat yang DIA telah berikan , cuba kita kaitkan ayat itu dengan diri masing-masing . Adakah kita TERGOLONG dalam golongan tersebut ?
Kemungkinan besar kita tergolong dalam kumpulan tersebut andai kita tak pernah terdetik pun untuk melafazkan dan menghayati erti kesyukuran dalam hidup kita ini .

SUKAR KAH UNTUK UNTUK KITA BERSYUKUR ??
PERLU KAH KITA KELUARKAN SEGALA HARTA2 KITA UNTUK MEMBALAS NIKMAT2 ALLAH YANG TELAH DIA BERIKAN ??

"sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. AL-QAMAR:35)

LIHAT !!
Malah ALLAH S.W.T telah menjanjikan rezeki dan balasan yang lebih lagi kepada hamba2NYA yang bersyukur atas nikmatNYA .
Tak teringinkah kita untuk berada dalam golongan yang DIA nyatakan ini ?
Tiada apa yang lebih nikmat selain kurniaan dariNYA .

KESYUKURAN juga haruslah lahir dari keikhlasan hati yang tak pernah di paksa untuk menterjemahkan makna " syukur " itu . Kerana andai ada perbuatan paksaan dalam melakukan perintahNYA , sesungguhnya hatinya itu perlu di bersihkan lagi dari segala "kekotoran" yang selama ini yang kita lakukan .

"Katakanlah:" Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati ". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur." (QS. AL MULK:23)
Dapatlah kita JELASKAN bahawa memiliki hati itu merupakan nikmatNYA kepada kita dan wajarkah kita sebagai penerima "hadiah" tidak membalas jasa dengan menggunakan "anugerah" itu .

Ana sendiri tidak terlepas dari kesalahan dalam erti bersyukur ini .
Pelbagai nikmat yang ana dapat dariNYA akan tetapi ana tak pernah untuk bersyukur ketika khayal dalam lautan kenikmatanNYA .
Ana di kurniakan rezeki dalam kepandaian akal tetapi ana tidak gunakan akal ana itu untuk menunjukkan rasa kesyukuran ana kepadaNYA .
Sehinggalah ana "TERLENA DARI TIDUR" ketika DIA menjemput sahabat ana berjumpa denganNYA . Tatkala itu ana baru rasa bahawa selama ini ana tidak menghargai nikmat "sahabat" yang betul2 berada depan mata ana dengan mengabaikan sahabat ana itu . Apabila ana rasa kehilangan barulah ana menyesal denga perbuatan ana .

Apa yang ana cuba sampaikan adalah andai kita tidak bersyukur dari sekarang terhadap nikmat2 DIA kurniakan ,  pasti suatu hari nanti kita akan menyesal dan tersiksa apabila kehilangan " nikmati " itu .

AYUHLAH " akar-akar " @ remaja sekalian .
Selamatkan diri kita dari lemas di lautan kenikmatan yang hanya memberikan implikasi buruk kepada kita .

BERUBAHLAH !!
Dan perubahan itu bukanlah bermla pada masa akan datang , once hati antum semua terdetik untuk berubah , insya allah itu akan di kira pahala di sisiNYA .
Tiada alasan untuk berubah dan tiada alasan untuk kita tidak bersykur terhadap segala nikmat2NYA .

Moga dendangan lagu yang ana tujukan ini serba sedikit dapat melembutkan hati kita dalam mentafsir erti kesyukuran kepadaNYA..
insya allah...

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana..  (^_^)

Friday, April 27, 2012

HATI yang mana??

Assalamualaikum... salam cinta dari ana... (mood cinta pulak?)

Antum pasti dah basi dengan "hati" kan ? Bila hati je kita mesti kaitkan dengan cinta . Lagi2 remaja@hot stuff macam kita pasti tak lari dari untuk menjaga hati orang yg kita sayang...
PERSOALANNYA??......

Dapatkah kita nak puaskan hati semua orang dalam satu masa?
(senang je soalannya)...
(ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dana apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.ingatlah ia adalah hati ).
          diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

 Kita rujuk sabda rasulullah s.a.w . Apa yang dapat kita "kupas dan kopek" dari hadith baginda s.a.w tentang hati ini?

Sudah terang lagilah bersuluh yang hati ni adalah anggota yang amat penting dalam tubuh badan kita yang mampu mengawal perbuatan dan pemikiran . Percaya atau tidak yang kemurkaan kita lakukan adalah berpunca dari "kekotoran dan kehitaman" hati kita sendiri .

Jadi secara logiknya,kekotoran akan di bersihkan dengan "bahan peluntur" kan? Pada pandangan ana sendiri ubat yang paling mujarab untuk hati adalah "KALAMULLAH" ...
Apa pun , lumrah bagi kita untuk menjaga hati tak kira lah hati kita atau hati orang lain kerana "kebersihan hati" itu harus di jaga sepanjang masa untuk memastikan "KEMUNGKARAN DI HINDARKAN" ..

Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab bagi kita juga untuk menjaga hati semua insan yang kita sayangi

maksud insan yang tersayang :
(ibu bapa,keluarga,sahabat,guru dan kenalan)HEHE...harap maklum (^_^)

Akan tetapi adakah kita MAMPU untuk menjada kesemua hati2 ini ?
MAMPUkah kita "membantu" untuk menjaga kebersihan hati2 ini ?

Dari sudut akalnya ianya bukan sesuatu yang mudah bak kata orang2 "kacang je~~" ... untuk memastikan kesemua hati ini dapat kita jaga adalah suatu cabaran juga bagi kita .
Namun tak bermakna kita tak perlu menjaga kesemuanya .
Paling tidak pun "CUBA" untuk menjaga kerana andai hati mereka2 sakit kerana kita , wujudnya "tali2 rapuh dan usang" dalam hubungan silaturahim yang terjalin .
Tak kan kita nak tarik orang yang kita sayang dengan guna "tali2 rapuh".
Confirm2 putus punya ..

Kadangkala kejujuran bagi kita merupakan alasan pada pandangan mereka . Oleh itu mungkin "diam diri" adalah terbaek untuk kita kerana jikalau mereka tahu perkara sebenar yang terjadi yang menyebabkan kita tak dapat memuaskan hati2 mereka , pasti erti "kefahaman" terhadap alasan kita akan lebih mendalam mereka terima .

Bukan semua hati kita dapat jaga , namun buatlah yang terbaik untuk menjaga hati2 orang yang kita sayang .

Namun hati kita pun jangan lah sampai "terleka dan alpa" untuk jaga sebab kita pun tak nak jugak "HAK KITA" kotor dan berhabuk .
YANG PASTI , dalam hati kita mesti ada "ALLAH" sentiasa kerana DIA sentiasa bersama kita .
Kita pun kena lah sentiasa berada dekat dengan DIA . Insya allah akan menjadi hamba NYA yang di redhai dan di berkati sentiasa (^_^)

Ana harap antum semua serba sedikit dapat ambil intipati "padangan" ana ini . Dari 100 % ana sampaikan , cukuplah 2 % antum semua ambil dan aplikasikan dalam kehidupan . Insya allah ianya berkesan dalam jangka masa yang panjang (^_^)

Macam biasa , ana pasti akan hiaskan dengan lagu sebelum undur diri .
Untuk antum semua , syukran . ENJOY ok ;-)


Assalamualaikum.. salam cinta (^_^)

Monday, April 23, 2012

JATUH HATI or JATUH CINTA

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ...

Pada pandangan antum semua yang mana satu antum suka "maen jatuh2" ?
                   
                     "jatuh cinta?" or "jatuh hati?"

HUHU...mesti antum semua pelik kan ana asyik bicara tentang "cinta" je.Hal ini kerana (skemanya ayat ==') itu adalah satu perasaan yang kita tak dapat nak elakkan.Ianya datang dari mana? Dari ALLAH S.W.T.....
Keinginan untuk bercinta dan suka kan seseorang itu pasti akan lahir dalam hati kecil kita semua TETAPI adakah cinta itu "perlukan pengorbanan" ??

Acapkali kalau kita lihat dalam drama2 atau filem2 pasti akan ada cerita cinta yang "menonjolkan" pengorbanan yang "tak seberapa" pun sebenarnya.
Sebagai contoh :

    1.Tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang lain (nak muntah kot)
    2.Mati kerana sayangkan orang yg kita sayang (better mati syahid :P)
    3.And so on lah.....

"Inikah yang dinamakan cinta" ????
jawapannya...........>>>>> TIDAK~~~~

Perasaan cinta dan sukakan seseorang itu memang akan datang tapi apa yang patut kita buat kalau perasaan tu datang???
ISTIGHFAR banyak2 dan ingat ALLAH kerana mungkin perasaan itu boleyh menjadikan DIA di tempat kedua.....

Ana pun dulu "merasakan cinta" yang mana serba sedikit mengheret ana ke lembah maksiat ^^.ASTAGHFIRULLAHALAZIM ...
Namun ingatlah, "setiap yang gelap pasti akan ada terangnya"...
Andai kita takut apabila bercinta akan menjauhkan kita dengan DIA,

                "HINDARKAN!!!!!" "JAUHKAN!!!!"

Percintaan itu sendiri akan terasa nikmatnya apabila cinta yang kita jalinkan itu merupakan "cinta yang halal".... antum semua faham tak rasanya maksud ana? :P...
Apa lagi kalau tak "PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN"....
Suatu percintaan yang sentiasa DIA berkati... Nikmatnya juga akan dapat kita rasakan...

Terlalu banyak faedah yang kita akan dapat andai kita hindarkan percintaan sebelum berkahwin.Bahkan kita jauhkan diri kita dari zina ..
Seperti apa yang ALLAH S.W.T suruh kita dalam ayatnya... :

 "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. AL ISRA:32)
"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. AN NISAA':129)

Andai kita pegang dan faham maksud ayat ALLAh ini insya allah kita faham apa yang patut kita buat andai "cinta datang pada kita"...
Muslim/Muslimah yang cemerlang adalah mereka yang bijak mengaplikasikan ayat dan suruhan ALLAH s.w.t yang terkandung dalam AL-QURAN.. ^^

Kita hidup di dunia ini sebagai khalifah yang menjalankan KOMITMEN kita sebagai hambaNYA.DIA segala-galanya bagi kita.
HALAKAN cinta yang kepada ALLAH S.W.T supaya cintaNYA sentiasa memayungi kita.
Bukan kita dambakan cinta yang hebat2 di dunia tapi kita tak dapat cintaNYA di akhirat kelak.
NAUZUBILLAH .. \(^.^)/

Dambakan lah cinta yang halal insya allah terselit kenikmatan dan keberkatan.Akhir kata dari ana,

"berharaplah diri dicintai insan yang mencintaiNYA"
PERCAYA BAHAWA ..
"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"
BE A REAL MUSLIM TO GET A REAL MUSLIMAH...

muhasabah cinta kita bersama2 sambil dengar lagu favourite ana ni (^_^)
ASsalamualaikum... salam cinta  n_n

Sunday, April 22, 2012

pintuNYA sentiasa terhidang luas untuk kita

ASSALAMUALAIKUM w.b.t... \(^.^)/

DOSA?
"suatu lumrah bagi kita sebagai HAMBA ALLAH YANG LEMAH melakukan dosa."
Kata2 ini lah yang sering di luahkan apabila di tanya tentang dosa.Akan tetapi adakah kita sedar dosa yang kita lakukan itu adalah daripada diri kita sendiri.HATI kita yang berbisik untuk melakukan dosa.HATI kita yang di racun oleh SYAITAN DURJANA untuk melakukan dosa.

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. AL A'RAAF:200)

Tidak cukup jelas lagikah KATA2 ALLAH yang mengingatkan kita supaya sentiasa berdamping dengan DIA tatkala kita di goda SYAITAN DURJANA. Adakah kita masih nak MENYALAHKAN TAKDIR apabila kita melakukan dosa.
                                          "tepuk dada , tanya iman"
Ramai dalam kalangan remaja sekarang "mabuk" dengan hiburan2 zaman sekarang yang banyak merosakkan akidah kita.
Dengan gejala sosial yang semakin menjadi2... Semuanya dari kalangan kita (REMAJA).Apakah ini yang kita impikan untuk membangunkan agama kita?
tentunya tidak bukan? \(^.^)/

Walaupun kita tak lari dari dosa namun tak bermakna tiada pintu NYA yang terbuka untuk kita agar kembali ke jalanNYA.
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN... \(^.^)/
DIA sentiasa menyayangi hambaNYAyang meminta keampunan atas dosa2 yang telah di lakukan dan insya allah dengan kesungguhan kita untuk bertaubat dan berubah,DIA akan mengampunkan kita.SYARATNYA??

ISTIQAMAH..ini lah alternatif tambahan kita (^.^)
apa makna "istiqamah"? Dalam bahasa mudahnya "kekal atau maintain".
sesuatu perubahan ke arah yang baik jikalau kita kekalkan , insya allah DIA memandangnya dengan pandangan yang mulia (^_^)

MASALAH remaja2 islam sekarang adalah mereka "cepat bertaubat dan cepat juga meninggalkan taubat".
Bermakna mereka melakukan perubahan itu dalam tempoh masa yang singkat dan "bertaubat apabila ditimpa kesusahan".
Ini bukan cara nya taubat.Ini dinamakan "MEMPERMAINKAN ALLAH".

Kita ini "HAMBA" dan bukanlah "RAJA" dan tidak sepatutnya kita permainkan kemaafan yang kita perolehi dari DIA. Na'uzubillah.....
Adakah kita ingin "tempah tiket" ke neraka?
Ataupun kita nak "tempah tiket" ke syurgaNYA?

Fikirkan lah remaja2 islam (AKAR) sekalian.
Sehebat mana kita di dunia ini dengan kesenangan yang kita perolehi,tak bermakna kesengan dan kebahgiaan "menanti" kita di akhirat kelak.
JAUHKANLAH diri kita dari perkara2 yang "menjauhkan" lagi kita dengan DIA.

Untuk berubah bukan pada masa yang akan datang,tapi ianya bermula SEKARANG (detik ini).Sucikan niat kita untuk berubah dan "menyesal" dengan dosa2 yang telah kita lakukan sebelum ini.
Pohonlah perlindungan dariNYA daripada "BISIKAN SYAITAN" yang hanya mengheret kita ke lembah neraka di akhirat kelak.
Masih belum terlambat lagi bagi kita untuk bertaubat kepadaNYA.


Marilah sama2 kita basahkan lidah kita ini dengan puji-pujian kepadaNYA dengan doa taubat yang ana kongsikan ini.
Tanamkan dalam hati ini yang kita betul2 ada "penyesalan" yang teramat sangat dan mohon di lindungi supaya di hindarkan daripada bisikan syaitan.. insya allah ^^

Ana minta maaf andai ada yang terasa hati dengan kata2 ana.Bukan niat hati ana menyakiti tapi ana mahu "menyembuhkan" luka2 busuk dalam hati kita supaya hati kita bersih dari segala "kudis2" yang kita buat sendri .
wallahua'lam ....
 

Saturday, April 21, 2012

AQSA hak kita bersama






ASSALAMUALAIKUM dan salam keamanan...
(comel tak budak yang dalam dirinya ada jihad fisabilillah,kita ada?)

AQSA....  Pernah tak kita sebagai "akar" islam ambil tahu isu tentang "HAK KITA" ini?  Adakah kita lebih mementingkan "HAK YANG TIDAK JELAS" bagi kita? (hak bangsa,hak pengguna,hak "tuih")

Ramai di kalangan remaja sekarang hanya "hanyut" dalam lembah khayalan yang "yahudi laknatullah" SAJIKAN untuk terus menarik kita jauh dari memikirkan komitmen kita sebagai remaja ISLAM.
"AKAR" itu tidak akan di kira berfungsi andai kita tak buat apa2 untuk menguatkan struktur pokok yang kita tanam.

AQSA merupakan tanah suci yang pertama bagi umat islam di ikuti MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
Masih terlena kah kita tentang perkara ini?
Masih lagi kita nak lihat "hak kita" di ceroboh dan di huru harakan?
Cuba bayangkan apabila mereka yang sengsara dan menderita di sana adalah "IBU,AYAH,ADIK,AKAK,ABANG" kita.
Relakah hati antum smua untuk lihat mereka DIROGOL,DIBUNUH,DI TEMBAK KEPALA,DI SEMBELIH?

INGAT,saudara kita bukan keluarga kita sahaja.
NABI MUHAMMAD S.A.W menyebarkan islam ke serata dunia adalah untuk mewujudkan "KASIH SAYANG DAN CINTA" sesama saudara islam kita.Saudara kita di sana sedang menderita zahir dan batinnya TETAPI KITA SEDANG MENYEKSA JIWA SENDIRI dengan melakukan perkara yang sia-sia.Mana perginya "tanggungjawab" kita sebagai saudara menuntut kembali hak saudara MALAH ianya "hak kita ISLAM".

Jangan jadikan alasan TIADA CARA untuk membantu saudara2 kita di sana.JIHAD tak bermaksud turun di medan perang,tapi kita mesti BERPERANG DENGAN JIWA agar dapat kita menegakkan kembali hak kita di sana.JIHAD ini bermaksud kita bersungguh2.Saudara2 kita di sana berperang dan berjihad UNTUK MATI manakala tentera yahudi laknatullah berperang UNTUK HIDUP.2 perkara yang berbeza dan ianya di bezakan dengan semangat JIHAD yang ada dalam diri sendri beserta TUJUAN KITA BERJIHAD itu sendiri.


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS. MUHAMMAD:7)
dengan KATA2 ALLAH ini kita boleh tanya diri kita sendiri,adakah selama ini kita menjalankan tanggunjawab kita terhadap agama kita?
cukupkah pertolongan yang kita berikan itu?
PERCAYALAH kata2NYA kerana lihat sahaja buktinya.,..

Saudara2 kita di sana bukannya mempunyai senjata dan kelengkapan yang canggih tapi sehingga sekarang mereka masih mampu bertahan dan melawan lagi.Mereka yang berjuang itu bukan lah mempunyai FIZIKAL YANG IDEAL DAN KUAT.Namun mereka GAGAH DAN KUAT dengan "AL-QURAN".Mereka yang turun berperang di medan pertempuran terdiri daripada HAFIZ2 yang menghafal al-quran.Itu lah kekuatan ISLAM.

Ini mengingatkan kita kembali semasa perang badar yang mana jumlah tentera islam jauh beza jumlahnya berbanding musyrikin mekah yang ramai.Akan tetapi,KUALITI mereka yang sedikit itu membuatkan HASIL yang mereka perolehi lebih berbaloi dari mereka yang ramai.

JIHAD kita bukan pada isu palestin sahaja,namun ianya harus berterusan supaya kita dapat membangkitkan agama kita yang mula di anggap asing di mata dunia.
AQSA hak kita dan kita harus buka mata untuk lihat siapa MUSUH kita.

FISABILILLAH ANTUM!

Akhir kata ana dendangkan sebuah lagu yang mengisahkan perjuangan saudara2 kita di palestin.Moga allah sentiasa melindungi dan mmberi kekuatan kepada mereka semua..
INGAT~ jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim,insya allah DIA kelak akan menolong kita jugak.. amin..