Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ..
Agak2 antum semua dapat "catch up" tak apa yang cuba di sampaikan melalui pic yang kat atas ni ? Ana tertarik dengan kata2 "pujangga" tu .. Semuanya meng "expalain" kan tentang teman yang baik .. Tapi pernah tak antum semua terfikir apa pulak kata2 "azimat" untuk teman yang "KURANG BAIK" ???
Sesungguhnya dalam hidup ini adakah kita perlu bersikap adil pada teman yang baik je ??? Dalam bahasa "kasornye" perlu ke kita tak amek peduli lagsung tentang sahabat2 kita yang "kurang baik" tu ?
Kita hidup di dunia ini kan ada tanggungjawab kita iaitu membawa orang ke arah yang baik .. Rasa2nya kita berjaya tak bawak watak "khalifah" itu terhadap teman kita ??
Sahabat yang baik adalah seseorang yang selalu mengajak sahabat2 nya ke arah yang lebih baik dan me"maintain"kan perubahan yang di lakukan bersama itu . Ni tidak ..!! Kita asyik abaikan je kawan2 kita yang terpesong jauh tu dan tak ada sikit pun rasa "ringan tulang" untuk betulkan "kerosakan2 jiwa" kawan kita itu . Jangan macam ni ... Kita hidup di dunia ini bukan seorang .. Kita juga ada kawan2 yang mana dalams senang and susah , mereka tetap ada .. Jangan mengharapkan kawan tolong kita kalau diri kita sendiri ni tak ada INISIATIF untuk tolong kawan2 masa mereka susah .
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (QS. AN NISAA':1)Cuba antum semua rujuk kitab suci kita yang mana ALLAH s.w.t menekankan bahawa "hendak lah kamu saling menjaga dan memelihara hubungan silaturahim" . Ada ke ALLAH "mention" kan yang kita kena jaga hubungan baik kita dengan kawan2 yang baikkkkkk jeee~~~
TAK DE KAN ?? Menjaga hubungan kita bukan je kena dengan kawan2 yang baik . Kalau macam tu memang orang yang baik asyik kawan dengan orang baik je lah and orang yang "kurang baik" tu akan teruskan tabiat dia yang kurang baik tu sebab takde pergaulan dengan kawan2 yang "baik" .
Memang ada pepatah yang mengatakan kena kawan dengan orang baik untuk jadi baik , Ana sendiri tak menolak kebenarannya tapi kita perlu juga fikir untuk "TARIK" kawan2 kita yang dah terpesong jauh dari jalanNYA . Tak kan kita nak masuk syurga sorang2 ??
Memang lah kubur masing2 tapi istilah "ORANG LAIN" tu boleh di guna macam ni :
1.ORANG LAIN yang mandikan jenazah anda .
2.ORANG LAIN yang mendoakan anda bila anda "di jemput" olehNYA (tu pun kalau kita baik dgn kawan kita)
PUAS HATI ?? Agak2 dah ada sikit belum rasa bersalah kita terhadap kawan2 kita ??
Tak pe~ Tak terlambat lagi untuk kita sama2 "betulkan" jalan yang dah bengkok2 tu ....
Ok.. Ana tertarik dengan pic ni.. hehe.. Ana tak nak explain tapi ana nak antum semua amek intipati itu sendiri .. "Masak sendiri , Makan sendiri"... hehe.. tu lah yang ana selalu buat bila kat negara orang ni .. Mengaplikasikan segala2 perbuatan menjadi sesuatu yang baik. .. ALHAMDULILLAH ana di "bekalkan" dengan sahabat2 yang baik2 dan ana juga sentiasa dalam "usaha" untuk mengajak sahabat2 ke arah yang baik .. Ana sentiasa impikan "UKHWAH FILLAH" ...
Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memberkati hubungan kita dengan sahabat2 kita agar ianya berkekalan sehingga ke syurgaNYA.. aminnnn...
Nak lagu tak ni?? hehe... mesti kena ada punya.. wajib~~~ hehe (^_^) ..Ana dendangkan untuk antum semua lagu yang masa dulu2 ana suka nyanyi sorang2 lagu ni.. hehe.. sebab best.. and antum semua pun rasanya dah hafal and entah2 dah ada yang selalu "KAROK" lagu ni.. hehe... untuk antum semua.. (^_^)
Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ... (^_^)
No comments:
Post a Comment