Wednesday, May 9, 2012

Langkah kita adalah Ketentuan-NYA ..

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ..
Dah lama ana tak "mengupdate" blog ana ni.. moga antum semua masih sihat dan di berikan kesejahteraan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T ... amin..

Comel tak budak yang tengah mengaji @ memahami KITAB ALLAH (AL-QURAN) itu ??
Agak-agak pada pandangan antum semua mereka tu tengah buat apa ? mengaji ? mencari maksud ?
Mereka tengah mencari " ILMU ALLAH " dan sepadan dengan apa yang berlaku sekarang yang mana pelajar2 lepasan SPM sedang GUNDAH GULANA , JIWA KACAU , MANDI PUN TAK BASAH ...

Ana dulu pun pernah lalui semua perkara tu yang mana kita sebagai remaja @ akar kehidupan , akan merasakan "kerisauan tahap maksima" apabila TERPAKSA membuat pilihan dalam menceburi minat yang bakal kita ambil di peringkat pengajian tinggi .
Jadi sudilah kiranya andai antum semua mendengar "ceritera cinta" ana semasa berada dan merasai apa yang antum semua rasa dalam drama antum yang bertajuk "KACAUNYA JIWAKU ALAHAI" ,,

Pada ana dalam membuat keputusan untuk memilih bidang yang kita minat adalah yang pertama bergantung pada NIAT DALAM HATI KITA . Dalam islam sendiri dengan "mantapnya" menyatakan bahawa setiap perbuatan yang baik itu adalah perlu di dahulukan dengan NIAT kita dan TUJUAN kita melakukan sesuatu perkara itu . Pada ana MINAT BUKAN SEGALA2NYA . Ana sendiri dulu "terperangkap" dengan propaganda yang menyatakan bahawa "PILIH BERDASARKAN MINAT" .. Oleh itu ana nak tukar

                                   " PILIH BERDASARKAN NIAT "
Macam ana sendiri dulu cita2nya teringin sangat menjadi seorang PENDIDIK @ USTAZ .Tapi sekarang ana berada di bumi sonata ini dalam bidang kejuruteraan . Adakah ana buat ini kerana minat ? tidak.. kerana minat ana adalah dalam bidang pendidikan tapi ana "transform" kan minat ana itu menjadi NIAT ana..
Ana mula pasangkan niat , ana belajar bidang kejuruteraan adalah kerana ALLAH .S.W.T dengan redha dari ibu bapa ana dan supaya ISLAM ini maju dan bangkit dengan bidang ini . Niat ini datang "MENGEJUT @ TIBA2 yang mana sebelum ini ana tak pernah pun rasa untuk buat macam ni . Ana seorang yang tidak suka andai kehendak sendiri tak dapat di tunaikan tapi ALLAH s.w.t maha mengetahui apa yang terbaek untuk hambaNYA.. Ana percaya bahawa dengan berpijaknya kaki ana ini di bumi sonata , ana kena pasangkan niat yang baru yang mampu mengubah diri ana dan agama dan yakin bahawa ALLAH dah sediakan KEMANISAN yang sentiasa menanti hamba2NYA yang bersyukur dengan nikmatNYA .


Kepada antum semua yang ingin membuat pilihan bijak , pilihan ibu bapa juga adalah merupakan pilihan yang terbaik bagi kita . Ingat lah bahawa redha ilmu kita juga datang dari redha ibu bapa . Andai pilihan kita "terpesong @ lari " dengan pilihan ibu bapa , bawalah berbincang .
Alhamdulillah pilihan ana untuk menjadi "engineer"  (doakan ana..aminn) tidak di tentang keluarga  kerana ana dah jelaskan segala2nya semasa melangkahnya kaki ini ke arah "menengah atas" .

Untuk menjadi seorang yang bijak dalam membuat pilihan adalah kita berfikir 10 kali sebelum dan 10 kali selepas . Jangan pulak fikir tu atas dasar nafsu semata-mata . Kita sebagai orang islam ada cara yang di ajar dalam membuat keputusan . Sesungguhnya islam itu agama yang tersusun .
Kita di ajar supaya ber "ISTIKHARAH" dalam membuat keputusan . Kerana sejauh mana minat kita dalam sesuatu bidang itu , kalau tak ada ketentuan dariNYA kita takkan dapat juga .

Ana sendir dulu DILEMA dalam buat keputusan .. Pada mulanya ana hanya di tawarkan dengan MATRIKULASI DAN DIPLOMA sahaja . Hati mana yang tak hancur andai keputusan SPM cemerlang (alhamdulillah rezekiNYA) tapi hanya di tawarkan dengan dua peluang tu je .
Akan tetapi .... Ana cuba "marah" diri sendiri .. kenapa perlu ana rasa kecewa dengan peluang yang tak semua orang dapat ni ?

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. ALI IMRAN:145)
Kita boleh ambil pengajaran dari ayat ini bahawa ALLAH kan memberikan lebih kepada hambaNYA yang bersyukur . ALHAMDULILLAH segala puji bagi ALLAH S.W.T kerana sehari sebelum ana daftar untuk MATRIKULASI , rezeki dariNYA yang menakdirkan ana menyambung pelajaran di negara orang (bumi sonata) .. Itu merupakan nikmat yang paling manis pernah ana rasakan dalam hidup ini .

Niat ana bercerita bukan atas dasar riak dan ingin menunjuk tapi ana mahu antum semua dapat "cungkil" apa2 pengajaran yang dalam hidup ini , kita tak perlu berada dalam "gegelung kerisauan" akan takdir atau nasib malang yang bakal menimpa kita kerana apa yang terjadi dalam hidup ini , DIA dah letakkan segala sebab yang MANIS2 BELAKA untuk kita... percaya lah bahawa ....

" DALAM KEPAHITAN PASTI TERSELITNYA KEMANISAN "
Apa yang ana mahu antum semua "simpulkan" adalah andai keputusan dan kelulusan yang kita perolehi sekrang tidak membenarkan kita mengejar niat kita , kita "transform"kan lah supaya ianya dapat pulak mengejar "NIAT"  kita. ..
Ana harap antum semua mulai dari saat ini dapat pasangkan niat yang baik dalam menuntut ilmu NYA . Ingatlah bahawa ilmuNYA itu luas dan tak kan habis untuk kita menuntutnya . Tiada pengakhiran dalam menuntut ilmuNYA . Kita semua baru je melangkah ke alam yang baru dan masih mentah lagi .
Rezeki NYA itu berada di mana-mana dan andai bukan sekrang kita nikmatinya , pasti ada masa yang telah pun DIA tetapkan bagi kita .
CEMBURU dengan kejayaan orang lain memang boleyh tapi jangan lah sampaikan ianya menjatuhkan diri sendiri .

Ana harap antum semua dapat lah intipati yang ana cuba sampaikan ini . Dari 100 % yang ana sampaikan ini,  cukuplah 2% antum semua dapat dan amalkan . Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah2 yang masak ranum .


Macam biasa mestilah ana tinggalkan antum semua dengan sebuauh lagu kan .. hehe..
Lagu ini memberi pengertian bahawa dalam dunia ini jalan kita masih panjang dan macam2 cabaran lagi yang bakal kit ajumpa dan akan lalui . Jadi tabahkan dan kukuhkan lah iman dalam hati kita...  biarlah jadi ornag yang "DALAM HATINYA TERSERLAH IMAN " nya..

Ana minta undurkan diri ... maaf andai ada kata2 yang tak sedap "cuping telinga" antum semua dengar...
Assalamualaikum dan salam cinta dari ana...


No comments:

Post a Comment