Saturday, May 26, 2012

bila kita "jumpa balik" jalanNYA..

Assalamualaikum  pembuka bicara ana pada kali ini...

Manusia ini dijadikan sebagai seorang yang tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Tapi adakah kesilapan itu akan terus kita buat kalau kita jumpa "jalan" yang betul ??
Adakah kita akan terus di belenggu dengan rasa dosa andai kita ada usaha untuk mencari jalanNYA?

Ana sendiri jugak bukannya baik sangat. Dosa itu tak pernaj jauh dari ana, ada je yang ana lakukan. Tapi ana takkan biarkan semua tu terus menerus datang dan menguasai diri ana. Manusia mana yang ingin dirinya di belenggu dosa dan maksiat? Pasti tak tenang hidupnya nanti..

Setiap dosa yang kita lakukan itu pasti ada pengampunan di sisiNYA. Jangan pulak antum semua salah sangka yang kita di benarkan buat dosa sesuka hati. Ana sendiri pernah hanyut dalam kancah "cinta manusia" .
Sesungguhnya andai cinta manusia di salah tafsir,pasti diri ini akan terus lemas dalam lautan "cinta mainan" itu.

Ana pernah cintakan seorang wanita yang mana dia dah banyak mengubah diri ana (ini hanya pandgan ana sebelum ana sedar akan kebenaranNYA). Ana letakkan sepenuh perhatian ana pada dirinya dan ana sama2 mengajak dia untuk berubah ke arah yang lebih baik. Untuk mengubah manusia itu memang banyak ragam dan caranya. Kami sama2 mencari cara yang boleyh "menghalalkan" cinta kami ini tapi ana "SESAT" sendiri dalam pencarian itu. Ana terlalu meletakkan kepercayaan kepada dia sehinggakan pada suatu hari ana di kecewakan olehnya.

Lepas kejadian itu ana terus menyalahkan diri sendri kerana tak dapat membawa dia ke arah yang lebih baik. Ana salahkan diri ana kerana terlalu cintakan manusia sehingga ana terlupa "PENCIPTA" manusia itu sendiri. Ana terus pergi membawa diri jauh dari dirinya dengan harapan ana ingin dia mengekalkan perubahan yang sama2 kami lakukan.
Barulah ana merasai kenikmatan mencari cinta DIA daripada kenikmatan cinta si dia.
Ana juga sedar bahawa cinta manusia itu tidak akan nikmat kalau kita tak dahului cinta kepada DIA.

   Sakitnya cinta manusia itu seperti di cucuk jarum hati ini andai kita di kecewakan.
Tapi cinta dari DIA tak pernah mengecewakan hati kita, malah insya allah cinta itu akan lebih mendekatkan lagi diri kita padaNYA.
LIHAT~~
Bila kita di beri kesempatan dan peluang berjumpa "kelurusan" jalanNYA, jangan lepaskan peluang keemasan itu dan cuba lah hayati setiap musibah yang berlaku. Pasti akan ada hikmah yang DIA sengaja sembunyikan supaya kita sebagai hambaNYA ini dapat melihat dan mencarinya dengan mata hati,....

Harapakan lah kita di temui hambaNYA yang mencintaiNYA agar kita sama2 cintakanNYA demi meraih keberkatanNYA.
Apa yang ana harapkan sekranag adalah DIA sentiasa bersama ana dalam perjuangan ana menuntut ilmuNYA ini. Soal CINTA ana serahkan segala2nya pada DIA untuk menentukannya.
Ana percaya bahawa jodoh kita di dunia ini sudah di tetapkan olehNYA dan tak kan ada sapa boleyh ubah apa yg tercatat di "luh mahfuz" ...

moga kita merasakan "lautan dan kemanisan" cintaNYA... (^_^)


Ana hadiahkan lagu ini sebagai "penyentuh" cinta kita kepada NYA.. dan moga2 kita merasakan "sentuhan" cintaNYA kelak.. aminn

wasalam.. (^_^)



No comments:

Post a Comment