Monday, June 3, 2013

NOKTAH jahiliyah , TITIK perubahan

Assalamualaikum dan salam rindu dari ana...

Rasanya SERIUS dah lama tak update blog ni. Asiff kerana tak berkesempatan nak luangkan masa update blog. Moga dalam tempoh itu iman kita sntyse bertambah dan stabil je k.

Sejak dua menjak ni hati ana terasa ber"bunga2" je mendengar dan melihat  sahabat2@rakan2 ana yang sedang dalam proses melakukan "penghijrahan" ke "DUNIA BARU" dalam islam yg sebenar.

ALLLAHUAKBAR, zaman kegemilangan dan kebangkitan umat islam sedang pesat membangun dan membuka mata2 "rijal a.k.a remaja islam" kita supaya sedar akan kekuatan golongan ini utk mmbangunkan agama kita ISLAm. Tapi dalam melakukan perubahan ni apa yang perlu kita "standby" untuk maintan macho@ayu je bila ada dugaan datang time nak berubah tu??


FIRST of all (pergh~~ speaking!) , apa yang perlu kita buat ialah kita "RECHECK" balik hubungan kita dengan ALLAH s.w.t. Adakah hubungan kita semakin dekat? or adakah hubungan kita dengan DIA sekadar "gitu-gitu" je?
Antum semua thu dan sedar akan kepentingan menjaga hubungan kita dengan DIA. Tapi kita tak pernha rasa bersalah kan even dah buat bersalah banyak kali padaNYA. Ini kerana hati kita tu "DAH MATI" untuk rasakan perasaan bersalah terhadapNYA. Pembersihan hati itu penting sebelum kita melakukan perubahan kerana kemungkinan besar kalau kita biarkan je "kekotoran" yang ada dalam hati ini, mungkin ianya akan mencemarkan "isi2 yang baru je masuk" dalam hati kita kelak.

Dan masalah kita untuk melakukan perubahan ni juga adalah masalah "mind-set" yang sering katakan perbuatan jahiliyah itu boleh diterima kerana "up-to-date" with zaman. COME ON LAH!! Semua tu adalah permainan minda yang lama dah dirancang oleh kafir2 laknatullah untuk menjatuhkan "anak2 remaja hensem@cantik islam" .. Takkan kita nak terus jadi "kijang yang ditukar dari seekora singa yang gagah" !!!

Perbetulkan "min-set" dan "hati" kita dengan perkara2 yang menyucikan semua tu... Pernah tak kita cari "ubat"nya dalam quran? Kalau tak, istighfarlah kerana perlu tahu yg ubat terbaek adalah membaca al-quran serta terjemahannya.


AHHAAA~~ tibe2 teringat pulak. Ada diantara mereka yang ingin berubah selalu cakap "susah lah nak ubah bende yang dah terbiasa" ~~~ Apakah ini semua? cuba fikir balik, bende yg kita dah terbiasa tu adakah ianya BIASA bagi Allah???!!!

Jangan membolehkan sesuatu yang DIA larang, takut kita pula mendapat azab dariNYA kelak. Berubah lah sikit2 TAPI istiqomah dan semakin meningkat. Bukan betul2 "sikit!!~~~~" je naik. Tidak effisyen tu namanya. Jangan lah bagi alasan2 yang lagi menjatuhkan kita untuk terus naik di takhta perubahan abadi kita.

Dan anggaplah perubahan ini bersifat "INFINITY" dan tiada titik noktah dalam perubahan. Kerana adalah normal bagi kita merasakan puasa setelah mencapai "kesempurnaan" . Jadi bagi mengelakkan perkara itu berlaku, ianya adalah bersifat INFINTY~! Terus dan teruskan lagi ! Suka amek perbualan ana dgn sahabat2 lain bila bincang pasal rehat ketika ingin berubah..

"PENAT lah nak buat perubahan ni," ana kata..
"rehat kat SYURGA je nanti kalau penat sgt" sahabt ana menyapa..
(perghhh... memang nampak sempoi,tapi makan dalam ayat tu~~) 


eh? faham tak motif pic cendawan ni??
apa yang ana nak sampaikan adalah dalam melakukan perubahan ni, jangan kita menganggap diri kita asing dan special ketika berubah tu. Sebab apa? Sebab kalau kita rasa diri kita "asing" kita akan cepat down ketika lakukan perubahan manakala kalau kita rasa diri kita "the special one" kita akan mudah bongkak dalam perubahan tu dan akan mendatangkan ketidakikhlasan. Nak ke macam tu?? so, nak kena rasa macam mana eak?

Rasalah yang perubahan kita lakukan ini semata2 kerana DIA dan kita turut TARIK orang di sekeliling kita ke arah perubahan dengan "contoh2 baik" yang kita dah ubah untuk sama2 kita masuk syurganya dan REHAT sama2 jugak. Ana boleh KOMPOM kalau "rehat" sorang2 mesti boring punya,... So carilah peneman bila dah kat syurga nanti.



Insya allah ana rasa sampai sini je kot perkongsian ilmu kita.. Maaf kalau panjang sgt dan andai ada tersalah kata dan tersinggung perasaan antum, aasiff (^_^) ... Kita lakukan kebaikan bukan kerana nama di dunia, tapi "tempahan" nama kia di syurga... Moga allah redha ...

semoga berjumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang yer... jaga diri antum semua,moga sihat berada dalam rahmat dan jagaanNYA..
assalamualaikum..... ana dendangkan dengan lagu fav time kecik2 dulu... moga kita terus tsabat dalam jalan ini...



Tuesday, March 5, 2013

Siapa diri kita dalam "agama"??

Assalamualaikum dan salam keimanan untuk antum semua... hi2..

Apa khabar iman kita hari ni? saat ni? ok? Kalau ok alhamdulillah.. kena maintainkan "power" iman tu tapi kalau "low" batterynya sila2 lah mengecas dengan segera... jgn tangguh2... hi2..

Insya allah kali ni ana mahu kongsikan sedikit curahan ilmu tentang hadis 3 imam nawawi... perkongsian yg ana nak berikan ini merupakan aplikasi dari hadis tersebut...
Biasalah, kadang2 kita cuma menghafal dan memahami tapi sukar untuk aplikasikan. Jadi ana nak kongsikan bersama antum semua..


(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Iman no.16(21))
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.


Insya allah antum semua boleh memahami apa yang ingin disampaikan dalam hadis ini....
Seperti mana yang kita tahu, pembinaan islam itu terletak atas lima perkara.... Dan ianya adalah rukun2 islam yang kita faham dengan tepat masa SPM =p ...

Akan tetapi adakah pembinaan itu sudah "lengkap" dengan terdirinya TIANG2 yang kita bina? ?
Sudah cukup "kukuh" dan "mantap" kah binaan yang kita buat tu dengan memadai tunaikan 5 perkara tersebut?

 "Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

Lihat, apa yang cuba disampaikan oleh al-imam hassan al-banna...
Kukuhnya islam itu di bantu dengan perhiasan2 seumpama kita mendirikan rumah dengan mulanya ada tiang dan cantikkan serta indahkan lagi rumah itu dengan perhiasan...

Tapi siapa pulak nak buat semua tu? Siapa yang "mampu" untuk lakukan semua tu? try tengok balik kata2 IMAM HASSAN AL-BANNA... "jiwa2 muda" ....? siapa eak?
Insya allah antum semua faham maksud ana... KITALAH!! mungkin dalam pembinaan itu memerlukan banyak kakitangan dan pekerja.... 
Bermula dengan arkitek, jurutera, tukang paip, and sapa2 lagi yg diperlukan... 
Pada ana sendiri dalam pembinaan ini takde siapa2 yang lebih dan kurang... Kita bekerja untuk capai satu matlamat yang sama... "membina" rumah yang "megah" .... Jadi tiada bezanya titik perjuangan kita tak kira pangkat and darjat...

Mungkin dalam menegakkan agama ini kemampuan kita berbeza2... Ada yang mampu bercakap di hadapan orang ramai untuk membuat ceramah, ada pulak yang mampu mengalunkan ayat2 suci al-quran dalam majlis2 ilmu, dan juga mungkin ada yang mampu mengalunkan nasyid2 memuji kebesaran ALLAH sebagai santapan hati muslimin muslimat semua...


Oleh itu, tiada istilah "tak bersedia" atau "tak cukup ilmu lagi r" dalam perjuangan mengukuhkan dan mengindahkan rumah yang kita nak bina ni... Sama2 kita bekerjasama tak kira korbankan masa dan harta dalam bidang apa sekalipun yang penting usaha kita untuk tegakkan agamaNYA ini ikhlas dan diterima di sisiNYA...

Insya allah perkongsian ilmu kita sampai sini je... lain hari dan lain masa kita jumpa lagi bersama BRADER MUSLIM yer.. insya allah pada masa akan datang ana akan kongsikan lagi ilmu2 yang diterima untuk kita sama2 juangkan agamaNYA ni... 

Moga nikmat ISLAM dan IMAN dariNYA ini sentiasa kita syukuri , moga2 sentiasa kita berada dalam lindungan dan jagaanNYA... 

Assalamualaikum (^_^)




Wednesday, February 27, 2013

Manisnya berUKHWAH (^_^)


Assalamualaikum dan salam iman (^_^).....

Antum semua mesti pernah kan rasa berukhwah? macam mana eak rasanya? manis? keeeee rasanya x menyenangkan? hehehe.. Kalau x menyenangkan , rasanya kena check balik kot "organ penting" dalam badan antum tu ok ke tak... hi3.. Sebab ukhwah ni adalah salah satu nikmat yang indah DIA sediakan untuk kita. Kemanisan itu mungkin sukar di rasa tapi sekali merasa, ianya takkan mudah untuk hilang begitu saje..

Pada ana sendiri , ukhwah merupakan nikmat DIA yang mampu mendekatkan diri ana dengan DIA... Kerana apa? Kerana dari ukhwah ini ana mampu membina semangat bersama sahabat2 yang lain untuk menuju ke jalan yang sama2 kita impikan tanpa seorang pun yg tercicir di belakang.

Alhamdulillah ana diberikan kesempatan dan rezeki olehNYA untuk merasai sendiri nikmat berukhwah itu setelah kehausan merasainya. Baru2 ni ada ikhwah2 dari china dan jepun datang ke korea mnyertai program di sini.

Sememangnya permulaan ukhwah itu merupakan satu keanehan. Kami semua time mula2 jumpa sangat pendiam dan kurang berbual, setakat tanya nama and dari mana tu ada lah.. hehe... Akan tetapi kehangatan ukhwah itu sendiri yang membuatkan hubungan kami makin mesra. Kalau dah duduk berbual sama2, makan pun bersama, solat pun berjemaah bersama, mana taknya ukhwah itu makin manis terbina. Alhamdulillah nikmatNYA sediakan untuk hambaNYA ini amatlah besar dan bermakna.

Dalam tempoh yang singkat kami saling mengenali, bergurau senda. Ia merupakan pengalaman manis untuk diri ana sendiri. Mungkin kami saling mempunyai kekurangan namun bila kami "bersatu" ianya menjadi suatu ikatan yang kukuh dan lengkap. Itulah kelebihan berukhwah untuk kita semua.



Lihatlah wajah2 kami yang sedang merasai kemanisan ukhwah itu sendiri. Senyuman setiap dari kami mampu mengenggelamkan kesedihan seseorang dalam kalangan kami juga. Time ni kami sedang berjaulah, subhanallah... setiap saat berjaulah kami niatkan keranaNYA dan alhamdulillah ianya berjalan lancar dan penuh bermakna. Kami saling bertukar2 ilmu tak kire lah dari segi bahasa mahupun ilmu agama. Kerana ilmu itu kalau di simpan takkan boleh bawa ke mana. Untungnya mereka yang berkongsi ilmu daripada yang memendam je. (^_^) 


Ana sendiri ada belajar bahasa cina dan bahasa jepun sikit2... walaupun agak pelik bunyi bila sebut tapi sekurang2nya kepelikan itu merupakan kenangan bagi setiap dari kami. Ada juga kesempatan kami bersama2 untuk mnyumbangkan suara dalam majlis penutup program dengan menubuhkan kumpulan nasyid yang menggabungkan ahli dari korea,china dan jepun... namanya "baitul muslim" ... hi3... alhamdulillah..salah satu kenangan yg x dilupakan juga tu.. 

Namun menjadi suatu kewajiban bagi sebuah pertemuan ber"temu" pula dengan perpisahan. Hanya dalam tempoh yang singkat kami berjumpa dan berkenal dan tiba masa untuk kami berpisah. Dalam hati kami ianya berpisah dimata semata2 tapi di hati jangan sekali.. hehe... 

Insya allah sekiranya ada masa dan keizinan yang DIA berikan adalah jodoh kami untuk bertemu kembali untuk menguatkan lagi tali ukhwah yang terjalin ini... Moga setiap dari kami pulang denga membawa jiwa2 yang baru setelah mengikuti tarbiyah diri (^_^) ...

Akhir kata dari ana, kemanisan ukhwah itu mungkin sukar untuk kita rasai andai "malu" itu ada dalam diri tapi sekali sudah merasa, sampai bila2 kemanisan itu melekat pada diri kita.. moga sentiasa isitomah dalam setiap apa yang kita lakukan... insya allah... 

Ana dendangkan lagu untuk antum semua... manisnya ukhwah itu (^_^)


Assalamualaikum ... 

Tuesday, February 26, 2013

"BURUK" tidak semestinya "hina"

Assalamualaikum...

Hi2.. Agaknya apa yg antum dapat tengok and dapat simpulkan bila lihat pakcik hensem kat sebelah ni? hi3... Apa komen first yang mampu antum bagi untuk "sifat2" pakcik ni?

Kalau dari pandangan ana, bila tengok muka pakcik ni mesti dah tak selera nak makan,.. tengok lah dengan gigi yang terabur, mulut besar, kulit hitam legam.... (semua negatif kan?)

"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan , sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan jangan lah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangalan sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi maha penyayang"  (hujurat 49;12)

Apa yang antum dapat keluarkan dari ayatNYA yang ana share kat atas ni? Semua perkara dalam dunia ni kita tak mampu nak luahkan sifatnya dengan sekali pandangan sahaja. Kadankala ianya buruk di luar tapi elok je "isi" nya di dalam tapi ada pula yang cantik luarannya tapi "isi" nya busuk tak berguna. 

Ana ada satu peristiwa yang terjadi pada ana nak kongsikan sebagai satu pengajaran untuk semua. Peristiwa ni terjadi hari ni jugak time ana nak pindahkan barang2 ke rumah baru. Ana ada kenal dengan seorang pakcik korea ni and dia kerje kedai barang2 "second-hand". Pakcik ni ada lori and ana pun ada bincang untuk mintak bantuan dari dia untuk tolong angkat2 barang ke rumah yang baru. Ana janji dengan pakcik ni untuk pindah barang dalam pukul 11 pagi. 

And tibalah hari yang di nantikan iaitu hari ni. Jam pun menunjukkan tepat 11 pagi and barang2 pindahan semua dah siap diturunkan dari tingkat 5 ke bawah. Akan tetapi pakcik ni tak pula muncul2. Memang menjadi tanda tanya kenapa tiada pula muncul pakcik yang baik ni. Ana tanpa fikir panjang pun marah2 dan kutuk2 pakcik ni kata lah yang "mmg pakcik ni nak main2kan kita" ... selang dua jam kami menunggu, pakcik tu pun call ana and katakan dia mintak maaf sebab tak tepati masa sebabkan ada kerja yang lebih penting. ASTAGHFIRULLAH! Perasaan buruk sangkan ana tu sendiri dah menghitamkan hati ana ini.  

Tambahan pula pakcik korea ni siap tolong sama2 angkatkan barang2 ke lori dan kami ada jual barang terpakai and dia mabil barang tu serta beri bayaran pada kami. SUBHANALLAH ! Betapa baiknya pakcik ni. Akibat perasaan buruk sangkan ana tu dah memalukan diri ana sendiri dalam diam.


Apa yang ana nak cuba sharekan, kita jangan cepat untuk berburuk sangka terhadap seseorang tak kiralah luarannya "molek" atau "tidak". Kerana Allah sendiri melarang kita untuk buat sedemikian rupa. Sentiasalah berbaik sangka dengan orang agar kita dapat menyenangkan hati kita sambil2 kita juga menyenangkan hati orang sekeliling kita. Itulah yang di katakan "BURUK TAK SEMESTINYA HINA".

Kita perlu malu dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri sebelum kita membuka aib dan kelemahan orang lain. Sentiasalah berusaha untuk sama2 kita perbaiki kelemahan diri sendiri dan juga "menegur" kekurangan orang lain dengan bijak. Moga ada kesenangan dalam keperitan yang kita lalui.

Ana rasa setakat ini perkongsian ilmu kita. Mungkin tak seberapa tapi sekurang2nya ianya dapat memberi kita peringatan dalam hidup seharian kita. Ana kongsikan sedikti ceramah dari ustaz kazim tentnag buruk sangka ini. Moga sama2 kita ambil iktibar. Salam rindu untuk semua (^_^)





Monday, February 25, 2013

Apa "duty" kita??


Assalamualaikum dan salam kemanisan iman untuk antum semua...

Alhamdulillah hari ini ana dapat perkongsian ilmu dari sahabat2 ana tentang suatu perkara. Mungkin antum semua tahu and selalu dengar tentang "tugas kita sebagai khalifah".. And maybe antum semua dah masak dengan perkara ni... hehe.. tapi ana masih dalam sesi pembelajaran lagi dan apa yang ana pelajari hari ni ana nak sama2 kongsikan denga antum semua..

Antum rasa apa actually tugas kita di muka bumiNYA ni?
khalifah?
hamba?
pekerja?

      “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.” 
                                                                                                  Surat Adz dzariyat ayat 56

Apa yang kita boleh kita keluarkan main idea yg ada dalam ayatNYA ni? apa yg dimaksudkanNYA dengan "menyembah kepadaku" ? Adakah ianya cukup sekadar solat lima waktu? Adakah ianya memadai dengan buat ibadah tak berhenti2 selama 24 jam? 

Kadangkala kita memerlukan waktu untuk mentarbiyah diri sendiri dan pastinya kita juga memerlukan waktu untuk mentarbiyah orang lain... Ianya bermaksud kita membawa 2 tugas dalam satu masa iaitu HAMBA dan KHALIFAH. Yang mana HAMBA ini tugasnya taat dengan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA manakala KHALIFAH bermaksud kita menyampaikan agama ini kepada seluruh umat.

"katakanlah (Muhammad), "inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."        (surah yusuf, ayat 108)

Ana tertarik dengan ayat ini kerana ianya dapat mengajar kita tentang erti tugas kita sebagai khalifah dan hamba. Kita boleh "reflect" kan ayat ini ditujukan pada kita bahawa andai kita sebagai orang yang menyampaikan , sampaikan lah orang yang kita bawa itu ke arah ALLAH dengan penuh pengamatan dalam jiwa moga apa yang kita tujukan itu tercapai dan ada keberhasilannya (^_^)
Bukan mudah tugas ini untuk "dijalankan" dan bukan senang juga tugas ini untuk "ditinggalkan"

Tapi andai kita tahu apa yang dimaksudkan Allah dalam ayatNYA ni pasti kita akan sensitif dengan makna tersirat ini. Mungkin kita belum bersedia untuk melakukan tugas ini tapi percayalah sekali kita menolong agamaNYA ada ganjaran yang DIA sediakan untuk kita. Jangan pernah kenal erti mengalah sebelum bermula. Mungkin ianya sukar pada kata2 tapi mudah dalam perbuatan.

Sebenarnya tiadalah istilah "bersedia" dalam melakukan tugas dakwah ini. Kita mampu lakukannya kalau kita "mulakan"nya. Kadang2 kita ada impian tapi kita takut untuk laksanakan impian itu. Sama seperti ana, ana ada impian untuk lakukan tugas dakwah ini tapi ana takut untuk hadapi apa yang akan berlaku andai ana gagal. Alhamdulillah ada akhi yang mengingatkan "dakwah ini kita tidak lihat pada hasilnya tapi kita lihat sejauh mana usaha yang kita lakukan". Moga ada kemanisan dalam kepahitan...

Jadi apa yang kita tunggukan lagi, sekarnag kita dah tahu tugas kita. Apa kata kita terus bermula untuk berubah. INGAT! Jangan tangguh dalam perubahan jika tak mahu lihat kegagalan (^_^) ... Ana sajikan antum semua dengan salah satu lagu fav ana juga ni.. hehe...

Ana rasa sampai sini je kot perkongsian ilmu kita, moga ada kesempatan lain yang diberiNYA untuk kita berkongsi ilmu lagi... (^_^) .. assalamualaikum


Sunday, February 24, 2013

Jalan Perubahan




Assalamualaikum ... dan salam cinta untuk semua.. (^_^)
Lama dah rasanya ana tak update blog ni... alhamdulillah ,dalam jangka masa itu macam2 perkara ana dapat rasa... manis,pahit.. macam2 rasa yg dinikmati ^^

Jalan yang ana lalui selama mendiam diri ni merupakan satu proses untuk ana mentarbiyah diri sendiri untuk melakukan transformasi diri... dengar je "transformasi" mesti semua tahu eak maksudnya.. hi2...
ianya adalah "jalan perubahan".. jalan yg sgt mencabar tapi seronok bila "passss"..
Apa main idea yg bermain difikiran antum semua bila sebut pasal PERUBAHAN ni?
               jadi baik?
               tak buat bende2 jahat?
               lakukan perubahan 360degree??? 
hehe... actually semua yang kat atas tu semua betul... takde maksud yang salah pun.. Pada ana sendiri,definisi PERUBAHAN itu ialah proses membuang "KEJAHILAN" dan digantikan dengan "IBADAT2 DAN AMAL2 YG ISTIQOMAH" ...
ni pulak definisi dari sahabat ana yang menyatakan bahawa perubahan itu adalah :
                      Hijrah ke arah kebaikan yg superb !

Entah,ana sendiri tak tahu kenapa dapat definisi tu,TAPI ianya berdasarkan atas diri ana sendiri..

Mungkin ada antara kita akan cakap yang melakukan perubahan itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan susah nak "constant" dalam perubahan... memang yer pun KALAU diri tu sendiri dah fikir macam tu memang patutlah perkara tu berlaku...
  Perubahan ni memerlukan STEP... tak boleh "SEMBRONO" je bak kata orang jawa.. nanti HANCUR musnah semuanya... 
Pada ana sendiri, kalau nak MULAKAN perubahan perlu didahului denga NIAT... 
     Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu
Kalau kita rujuk hadis SATU kat atas ni kita kaan faham apa itu amalan yang dimulakan dengan niat... Niat itu bukan dari "kata2" tapi ianya lahir dari hati yang suci,murni dan bersih... kalau niat kita berubah untuk berbangaa,errkkk? macam kena check balik je niat tu.. takut "lari jauh" sangat dengan apa yang dimaksudkan dengan hadis di atas ni.
THEN lepas tu bermulalah MISI kita untuk merealisasikan apa yang telah kita niatkan ... ALLAH itu maha mengetahui apa yang kita hajatkan,.. dalam setiap perkara mestilah ada usaha yang terbaek kita lakukan demi niat kita itu...walaupun hasil yang kita perolehi itu sangat tak seberapa tapi DIA memandang usaha kita.. dan setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran di sisiNYA.. PERCAYALAH!

Sedang kita dalam proses melakukan perubahan kita perlu peka dengan sekeliling kita, contohnya :

*kawan2
*hiburan

dua perkara ni biasanya mainkan peranan yang penting and kadang2 boleh menjadi punca berlakunya "kebengkalai" dalam perubahan (^_^)
Jadi sebagai solusinya, pilihlah kawan yang baik untuk kita bersama2 melalui proses tarbiyah diri bukan untuk diri kita sahaja,tapi dengan rakan2 lain. Tapi ini tak bermakna kita kena tinggalkan kawan2 kita yang "kurenggg baik"nya.Setelah kita rasa cukup dan berani untuk menyeru ke arah kebaikan,jalankan lah tanggungjawab kita terhadap rakan2 kita tersebut. Moga "kemanisan" perubahan itu dapat dinikmati bersama.

Selain tu, tanamkan dalam diri untuk merasai perasaan "jelous" terhadap kebaikan orang lain. Ini boleh ditimbulkan dari aspek positif,jangan benci dengan kebaikan mereka, tapi cemburui dan tekad untuk melakukannya juga agar kita dapat sentuhan jiwa untuk bermula melakukan kebaikan (^_^)..
Dalam menuntut ilmu juga, jangan pernah wujudkan perasaan jemu kerana ilmu yang kita timba jika semakin banyak maka makin banyak lah dari ilmu tersebut yang boleh kita praktikkan dalam hidupan seharian kita..

ISTIQOMAH.. Perkara ni yang paling susah untuk kita kekalkan dalam perubahan... agak2 kenapa eak?
hati gelap sangat ke?    
banyak sangat dosa ke?
errr??? orr??? takde keampunan untuk kita bertaubat?
hehe.. semua sekali tak tepat, .. dalam melakukan perubahan itu kita ni ibarat seorang pendaki gunung Everest... dan perkara2 jahiliah itu umpama barang2 yang membebankan kita semasa mendaki... Andaikata semasa melakukan perubahan itu kita joinkan sekali perkara2 jahiliyah2, macam mana kita nak senang untuk mendaki gunung Everest yang tinggi melampai tu?

Jadi pada ana,untuk kita meng"constant" kan apa yang kita ubah dalam diri kita ini, kita perlulah peka dengan  perkara jahiliyah yang kita lakukan,..

              "susah untuk kita dapatkan hasil durian yang bnyak kalau setiap kali kutip kita membedal"

Ana rasa setakat ini je kot ana dapat kongsikan dengan antum semua berkenaan dengan "jalan perubahan"..
              "Jalan ini mungkin sukar dan gelap tapi percayalah DIA dah sediakan yang terbaek menanti                
               kita di penghujung perjalanan ini"
Jangan pernah berhenti memohon doa kepadaNYA supaya ditetapkan hati dalam melalui jalan perubahan ini... mungkin kita tidak yakin tapi DIA sentyse berada dengan kita... aggaplah DIA melihat apa yang kita lakukan.. dan buatlah sesuatu itu secara EHSAN (sehabis baik!)...

Moga ada jodoh lagi untuk ana kongsikan serba sedikit ilmu ... moga ada juga keberkatanNYA bersama kita dalam perkongsian ilmu ini... jazakallah (^_^) ...

assalamualaikum ...

Saturday, June 30, 2012

Kekeruhan dalam Pendamaian


Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Rasa2nya dah lama ana tak update blog ni. Maaf lah, kebelakangan ni ana memang busy sikit dengan urusan pelajaran, and sekarang dah start cuti so insya allah ana ada masa untuk kongsikan serba sedikit ilmu yang ana ada utk pembaca semua ,

Topik kali ni memang agak sinonim sikit dengan antum semua, tipu jika ana dengar jawapan yang kat dunia ni tak ada orang tak pernah alami konflik masalah dalam perhubungan. Sesungguhnya dalam perhubungan itu pasti akan ada pahit dan manisnya, semuanya terpulang pada diri kita untuk "menghias"kan hubungan kita itu dengan rasa apa.

Kali ni ana cuba sentuh tentang hubungan cinta manusia.
Kalau dulunya masing2 khayal dan hanyut dalam percintaan yang tidak halal tapi andai salah seorang daripadanya berundur kerana takut akan "dosa ghaib" , apakah agaknya pasangan nya yang lagi satu tu akan fikir tentang si dia yang nak berubah itu?
adakah dia akan ingat bahawa "si dia" dah ada orang lain?
adakah dia akan ingat yang "si dia" tu nak berubah sebab nak cari perempuan yang lebih baik darinya?

Itulah yang kerapakali akan terjadi andai terjadi perkara macam tu dalam perhubungan cinta.
(sebenarnya ana tak galakkan antum semua bercinta sebelum bernikah) ..
Namun setelah berlakunya perpisahan antara mereka,adakah terus terputusnya talian "sahabat:" itu?
perlukah ada nya hadir perasaan "benci" terhadap "si dia" yang cuba berubah ??
Jelas di situ tiada kejujuran dalam persahabatan yang terjalin meski kejujuran itu sukar untuk di lihat dengan mata kasar namun kata hati itu mampu mentafsir erti kejujuran itu sendiri.

Ana masuk pula dalam hubungan sesama "sahabat"...
jika dulunya dia seorang yang jahil dalam agama,andai dia cuba berubah dan cuba mengajak kawan2 yang lain ke arah yg baik,adakah itu di kira "hipokrit dalam perubahan?"...
dia di hina dan di kutuk2 kerana perubahan sikapnya.Jika dulu dia ingin di terima dalam kalangan kawan2 dan terpaksa mengikut segala tingkah laku yang kurang sopan tapi sekarang dia di hina dek kerana sikapnya yang jauh lebih baik dari kawan2 dia.
Dia terasa tersisih dan dia cuba ingin kembali bersama kawan2 dan dalam proses pendamaian antara rakan,dia di sisih dengan teruknya.. adakah ini adil bagi seorang hamba yang cuba ingin berubah ke arah baik.???
jawapannya ya... sebab allah tahu apa yang terbaek utnuk hambaNYA. sehina apa pun kamu di pandang dalam mencari pendamaian,selama itu lah pahala dan barakahNYA sentiasa bersama kamu.

Jangan pernah mengalah dalam mencari pendamaian,kerana sesungguhnya ALLAH mencintai hambaNYA yang cuba menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi.




oleh itu andai perkara ini terjadi pada diri antum semua, BERSABARLAH.. kerana allah sentiasa bersama hamba2NYA yang bersabar dalam menerima ujian....
jangan pernah berputus asa dalam mencari kedamaian. jangan pernah menyalahkan takdir kenapa diri di "hentam" sebegitu rupa sedangkan anda berada di pihak yang benar (^_^)..


semoga perkongsian ilmu kali ini serba sedikit dapat kita ambil sebagai pengajaran dalam hidup kita.. semoga allah sentiasa bersama kita jika kita di pihak yang benar...