Wednesday, February 27, 2013

Manisnya berUKHWAH (^_^)


Assalamualaikum dan salam iman (^_^).....

Antum semua mesti pernah kan rasa berukhwah? macam mana eak rasanya? manis? keeeee rasanya x menyenangkan? hehehe.. Kalau x menyenangkan , rasanya kena check balik kot "organ penting" dalam badan antum tu ok ke tak... hi3.. Sebab ukhwah ni adalah salah satu nikmat yang indah DIA sediakan untuk kita. Kemanisan itu mungkin sukar di rasa tapi sekali merasa, ianya takkan mudah untuk hilang begitu saje..

Pada ana sendiri , ukhwah merupakan nikmat DIA yang mampu mendekatkan diri ana dengan DIA... Kerana apa? Kerana dari ukhwah ini ana mampu membina semangat bersama sahabat2 yang lain untuk menuju ke jalan yang sama2 kita impikan tanpa seorang pun yg tercicir di belakang.

Alhamdulillah ana diberikan kesempatan dan rezeki olehNYA untuk merasai sendiri nikmat berukhwah itu setelah kehausan merasainya. Baru2 ni ada ikhwah2 dari china dan jepun datang ke korea mnyertai program di sini.

Sememangnya permulaan ukhwah itu merupakan satu keanehan. Kami semua time mula2 jumpa sangat pendiam dan kurang berbual, setakat tanya nama and dari mana tu ada lah.. hehe... Akan tetapi kehangatan ukhwah itu sendiri yang membuatkan hubungan kami makin mesra. Kalau dah duduk berbual sama2, makan pun bersama, solat pun berjemaah bersama, mana taknya ukhwah itu makin manis terbina. Alhamdulillah nikmatNYA sediakan untuk hambaNYA ini amatlah besar dan bermakna.

Dalam tempoh yang singkat kami saling mengenali, bergurau senda. Ia merupakan pengalaman manis untuk diri ana sendiri. Mungkin kami saling mempunyai kekurangan namun bila kami "bersatu" ianya menjadi suatu ikatan yang kukuh dan lengkap. Itulah kelebihan berukhwah untuk kita semua.



Lihatlah wajah2 kami yang sedang merasai kemanisan ukhwah itu sendiri. Senyuman setiap dari kami mampu mengenggelamkan kesedihan seseorang dalam kalangan kami juga. Time ni kami sedang berjaulah, subhanallah... setiap saat berjaulah kami niatkan keranaNYA dan alhamdulillah ianya berjalan lancar dan penuh bermakna. Kami saling bertukar2 ilmu tak kire lah dari segi bahasa mahupun ilmu agama. Kerana ilmu itu kalau di simpan takkan boleh bawa ke mana. Untungnya mereka yang berkongsi ilmu daripada yang memendam je. (^_^) 


Ana sendiri ada belajar bahasa cina dan bahasa jepun sikit2... walaupun agak pelik bunyi bila sebut tapi sekurang2nya kepelikan itu merupakan kenangan bagi setiap dari kami. Ada juga kesempatan kami bersama2 untuk mnyumbangkan suara dalam majlis penutup program dengan menubuhkan kumpulan nasyid yang menggabungkan ahli dari korea,china dan jepun... namanya "baitul muslim" ... hi3... alhamdulillah..salah satu kenangan yg x dilupakan juga tu.. 

Namun menjadi suatu kewajiban bagi sebuah pertemuan ber"temu" pula dengan perpisahan. Hanya dalam tempoh yang singkat kami berjumpa dan berkenal dan tiba masa untuk kami berpisah. Dalam hati kami ianya berpisah dimata semata2 tapi di hati jangan sekali.. hehe... 

Insya allah sekiranya ada masa dan keizinan yang DIA berikan adalah jodoh kami untuk bertemu kembali untuk menguatkan lagi tali ukhwah yang terjalin ini... Moga setiap dari kami pulang denga membawa jiwa2 yang baru setelah mengikuti tarbiyah diri (^_^) ...

Akhir kata dari ana, kemanisan ukhwah itu mungkin sukar untuk kita rasai andai "malu" itu ada dalam diri tapi sekali sudah merasa, sampai bila2 kemanisan itu melekat pada diri kita.. moga sentiasa isitomah dalam setiap apa yang kita lakukan... insya allah... 

Ana dendangkan lagu untuk antum semua... manisnya ukhwah itu (^_^)


Assalamualaikum ... 

No comments:

Post a Comment