Tuesday, March 5, 2013

Siapa diri kita dalam "agama"??

Assalamualaikum dan salam keimanan untuk antum semua... hi2..

Apa khabar iman kita hari ni? saat ni? ok? Kalau ok alhamdulillah.. kena maintainkan "power" iman tu tapi kalau "low" batterynya sila2 lah mengecas dengan segera... jgn tangguh2... hi2..

Insya allah kali ni ana mahu kongsikan sedikit curahan ilmu tentang hadis 3 imam nawawi... perkongsian yg ana nak berikan ini merupakan aplikasi dari hadis tersebut...
Biasalah, kadang2 kita cuma menghafal dan memahami tapi sukar untuk aplikasikan. Jadi ana nak kongsikan bersama antum semua..


(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Iman no.16(21))
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn ‘Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.


Insya allah antum semua boleh memahami apa yang ingin disampaikan dalam hadis ini....
Seperti mana yang kita tahu, pembinaan islam itu terletak atas lima perkara.... Dan ianya adalah rukun2 islam yang kita faham dengan tepat masa SPM =p ...

Akan tetapi adakah pembinaan itu sudah "lengkap" dengan terdirinya TIANG2 yang kita bina? ?
Sudah cukup "kukuh" dan "mantap" kah binaan yang kita buat tu dengan memadai tunaikan 5 perkara tersebut?

 "Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."

Lihat, apa yang cuba disampaikan oleh al-imam hassan al-banna...
Kukuhnya islam itu di bantu dengan perhiasan2 seumpama kita mendirikan rumah dengan mulanya ada tiang dan cantikkan serta indahkan lagi rumah itu dengan perhiasan...

Tapi siapa pulak nak buat semua tu? Siapa yang "mampu" untuk lakukan semua tu? try tengok balik kata2 IMAM HASSAN AL-BANNA... "jiwa2 muda" ....? siapa eak?
Insya allah antum semua faham maksud ana... KITALAH!! mungkin dalam pembinaan itu memerlukan banyak kakitangan dan pekerja.... 
Bermula dengan arkitek, jurutera, tukang paip, and sapa2 lagi yg diperlukan... 
Pada ana sendiri dalam pembinaan ini takde siapa2 yang lebih dan kurang... Kita bekerja untuk capai satu matlamat yang sama... "membina" rumah yang "megah" .... Jadi tiada bezanya titik perjuangan kita tak kira pangkat and darjat...

Mungkin dalam menegakkan agama ini kemampuan kita berbeza2... Ada yang mampu bercakap di hadapan orang ramai untuk membuat ceramah, ada pulak yang mampu mengalunkan ayat2 suci al-quran dalam majlis2 ilmu, dan juga mungkin ada yang mampu mengalunkan nasyid2 memuji kebesaran ALLAH sebagai santapan hati muslimin muslimat semua...


Oleh itu, tiada istilah "tak bersedia" atau "tak cukup ilmu lagi r" dalam perjuangan mengukuhkan dan mengindahkan rumah yang kita nak bina ni... Sama2 kita bekerjasama tak kira korbankan masa dan harta dalam bidang apa sekalipun yang penting usaha kita untuk tegakkan agamaNYA ini ikhlas dan diterima di sisiNYA...

Insya allah perkongsian ilmu kita sampai sini je... lain hari dan lain masa kita jumpa lagi bersama BRADER MUSLIM yer.. insya allah pada masa akan datang ana akan kongsikan lagi ilmu2 yang diterima untuk kita sama2 juangkan agamaNYA ni... 

Moga nikmat ISLAM dan IMAN dariNYA ini sentiasa kita syukuri , moga2 sentiasa kita berada dalam lindungan dan jagaanNYA... 

Assalamualaikum (^_^)




No comments:

Post a Comment