Tuesday, February 26, 2013

"BURUK" tidak semestinya "hina"

Assalamualaikum...

Hi2.. Agaknya apa yg antum dapat tengok and dapat simpulkan bila lihat pakcik hensem kat sebelah ni? hi3... Apa komen first yang mampu antum bagi untuk "sifat2" pakcik ni?

Kalau dari pandangan ana, bila tengok muka pakcik ni mesti dah tak selera nak makan,.. tengok lah dengan gigi yang terabur, mulut besar, kulit hitam legam.... (semua negatif kan?)

"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan , sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan jangan lah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangalan sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi maha penyayang"  (hujurat 49;12)

Apa yang antum dapat keluarkan dari ayatNYA yang ana share kat atas ni? Semua perkara dalam dunia ni kita tak mampu nak luahkan sifatnya dengan sekali pandangan sahaja. Kadankala ianya buruk di luar tapi elok je "isi" nya di dalam tapi ada pula yang cantik luarannya tapi "isi" nya busuk tak berguna. 

Ana ada satu peristiwa yang terjadi pada ana nak kongsikan sebagai satu pengajaran untuk semua. Peristiwa ni terjadi hari ni jugak time ana nak pindahkan barang2 ke rumah baru. Ana ada kenal dengan seorang pakcik korea ni and dia kerje kedai barang2 "second-hand". Pakcik ni ada lori and ana pun ada bincang untuk mintak bantuan dari dia untuk tolong angkat2 barang ke rumah yang baru. Ana janji dengan pakcik ni untuk pindah barang dalam pukul 11 pagi. 

And tibalah hari yang di nantikan iaitu hari ni. Jam pun menunjukkan tepat 11 pagi and barang2 pindahan semua dah siap diturunkan dari tingkat 5 ke bawah. Akan tetapi pakcik ni tak pula muncul2. Memang menjadi tanda tanya kenapa tiada pula muncul pakcik yang baik ni. Ana tanpa fikir panjang pun marah2 dan kutuk2 pakcik ni kata lah yang "mmg pakcik ni nak main2kan kita" ... selang dua jam kami menunggu, pakcik tu pun call ana and katakan dia mintak maaf sebab tak tepati masa sebabkan ada kerja yang lebih penting. ASTAGHFIRULLAH! Perasaan buruk sangkan ana tu sendiri dah menghitamkan hati ana ini.  

Tambahan pula pakcik korea ni siap tolong sama2 angkatkan barang2 ke lori dan kami ada jual barang terpakai and dia mabil barang tu serta beri bayaran pada kami. SUBHANALLAH ! Betapa baiknya pakcik ni. Akibat perasaan buruk sangkan ana tu dah memalukan diri ana sendiri dalam diam.


Apa yang ana nak cuba sharekan, kita jangan cepat untuk berburuk sangka terhadap seseorang tak kiralah luarannya "molek" atau "tidak". Kerana Allah sendiri melarang kita untuk buat sedemikian rupa. Sentiasalah berbaik sangka dengan orang agar kita dapat menyenangkan hati kita sambil2 kita juga menyenangkan hati orang sekeliling kita. Itulah yang di katakan "BURUK TAK SEMESTINYA HINA".

Kita perlu malu dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri sebelum kita membuka aib dan kelemahan orang lain. Sentiasalah berusaha untuk sama2 kita perbaiki kelemahan diri sendiri dan juga "menegur" kekurangan orang lain dengan bijak. Moga ada kesenangan dalam keperitan yang kita lalui.

Ana rasa setakat ini perkongsian ilmu kita. Mungkin tak seberapa tapi sekurang2nya ianya dapat memberi kita peringatan dalam hidup seharian kita. Ana kongsikan sedikti ceramah dari ustaz kazim tentnag buruk sangka ini. Moga sama2 kita ambil iktibar. Salam rindu untuk semua (^_^)





No comments:

Post a Comment