Assalamualaikum...dan salam sejahtera...
Rasa2nya dah lama ana tak update blog ni. Maaf lah, kebelakangan ni ana memang busy sikit dengan urusan pelajaran, and sekarang dah start cuti so insya allah ana ada masa untuk kongsikan serba sedikit ilmu yang ana ada utk pembaca semua ,
Topik kali ni memang agak sinonim sikit dengan antum semua, tipu jika ana dengar jawapan yang kat dunia ni tak ada orang tak pernah alami konflik masalah dalam perhubungan. Sesungguhnya dalam perhubungan itu pasti akan ada pahit dan manisnya, semuanya terpulang pada diri kita untuk "menghias"kan hubungan kita itu dengan rasa apa.
Kali ni ana cuba sentuh tentang hubungan cinta manusia.
Kalau dulunya masing2 khayal dan hanyut dalam percintaan yang tidak halal tapi andai salah seorang daripadanya berundur kerana takut akan "dosa ghaib" , apakah agaknya pasangan nya yang lagi satu tu akan fikir tentang si dia yang nak berubah itu?
adakah dia akan ingat bahawa "si dia" dah ada orang lain?
adakah dia akan ingat yang "si dia" tu nak berubah sebab nak cari perempuan yang lebih baik darinya?
Itulah yang kerapakali akan terjadi andai terjadi perkara macam tu dalam perhubungan cinta.
(sebenarnya ana tak galakkan antum semua bercinta sebelum bernikah) ..
Namun setelah berlakunya perpisahan antara mereka,adakah terus terputusnya talian "sahabat:" itu?
perlukah ada nya hadir perasaan "benci" terhadap "si dia" yang cuba berubah ??
Jelas di situ tiada kejujuran dalam persahabatan yang terjalin meski kejujuran itu sukar untuk di lihat dengan mata kasar namun kata hati itu mampu mentafsir erti kejujuran itu sendiri.
Ana masuk pula dalam hubungan sesama "sahabat"...
jika dulunya dia seorang yang jahil dalam agama,andai dia cuba berubah dan cuba mengajak kawan2 yang lain ke arah yg baik,adakah itu di kira "hipokrit dalam perubahan?"...
dia di hina dan di kutuk2 kerana perubahan sikapnya.Jika dulu dia ingin di terima dalam kalangan kawan2 dan terpaksa mengikut segala tingkah laku yang kurang sopan tapi sekarang dia di hina dek kerana sikapnya yang jauh lebih baik dari kawan2 dia.
Dia terasa tersisih dan dia cuba ingin kembali bersama kawan2 dan dalam proses pendamaian antara rakan,dia di sisih dengan teruknya.. adakah ini adil bagi seorang hamba yang cuba ingin berubah ke arah baik.???
jawapannya ya... sebab allah tahu apa yang terbaek utnuk hambaNYA. sehina apa pun kamu di pandang dalam mencari pendamaian,selama itu lah pahala dan barakahNYA sentiasa bersama kamu.
Jangan pernah mengalah dalam mencari pendamaian,kerana sesungguhnya ALLAH mencintai hambaNYA yang cuba menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi.
oleh itu andai perkara ini terjadi pada diri antum semua, BERSABARLAH.. kerana allah sentiasa bersama hamba2NYA yang bersabar dalam menerima ujian....
jangan pernah berputus asa dalam mencari kedamaian. jangan pernah menyalahkan takdir kenapa diri di "hentam" sebegitu rupa sedangkan anda berada di pihak yang benar (^_^)..
No comments:
Post a Comment