Friday, June 1, 2012

Sabar lah wahai HATI (^_^)

Assalamualaikum pembuka bicara ..(^_^)

Antum semua sehat yer? ana dah lama tak update blog and status.. hehe.. mesti antum semua pun tak tertunggu kan?? hehe.. Kali ni ana nak borak2 tentang "hati" ...  apa sebenarnya motif gula2 bentuk cinta kat atas tu?? dan apa maksud gula2 tu pecah?? Kita main teka teki ni.. huhu..

Biar ana berikan maksud yang "tersembunyi" tu.. hehe.. maksudnya ialah "HATI YANG HAMPA DENGAN CINTA MANUSIA".. agaka2 dapat agak tak? (apa punya ayat lah ni?? ==')
Manusia ni senang sangat "lumpuh" apabila di kecewakan oleh cinta manusia.. Memang lah tak lari dari lumrah yang cinta itu datang dan pergi... Tapi kena lah "stabil"kan kondisi kita apabila ianya pergi...

Sejujurnya ana mengaku yang ana sendiri pernah merasa "ketidak stabilan" diri apabila cinta itu pergi tanpa kita duga.. (jiwangnye ayat..geli).. erm, memang pada mulanya hati itu akan dapat satu kejutan yang amat sakit untuk diterima hati,tapi apabila kita istighfar dan fikir sejenak hikmah yang tersembunyi dalam nya, INSYA ALLAH kita akan dapat merasa ketenangan selepas itu...

Tidak akan semua yang kita rancang akan menjadi dan kekal untuk selamanya. Dan takkan ada jugak cinta yang kekal abadi selain cinta kepadaNYA. Sepahit mana rasa yang menimpa kita, MANISKANLAH ia dengan mencari cintaNYA... Pada ana, kemudahan dalam mencari cintaNYA selepas kehilangan cinta "dia" amat jelas dan tak perlu ana nafikan. Kita jangan terus mengharap cinta yang dah pergi itu akan kembali pada kita dan akan bersemadi dengan semulajadi (kecuali dengan ketentuanNYA) , tapi kita kena mengharap DIA memberikan petunjuk tentang apakah "kemanisan" yang DIA selitkan dalam kepahitan yang kita sedang alami (^_^)


Ana sendiri sentiasa dalam usaha untuk mencari cinta yang hakiki dariNYA. Kerana apa yang kita perlu buat dalam mencari dan membuat sesuatu perubahan adalah "ISTIQAMAH" dalam perubhan itu.. INSYA ALLAH DIA sentiasa bersama kita dalam usaha kita itu. Kenikmatan cintaNYA adalah merupakan suatu nikmat yang paling besar andai dapat kita kecapinya.

HATI itu kita tak boleh nak paksa untuk "direct" menerima kenyataan tentang perkara pahit yang kita lalui.. Perlu lah amek masa untuk menerima semuanya. Ana sendiri menyesal dengan apa yang terjadi selama ini. Mengharapkan sesuatu dan "masjid" terbina namun segala kelengkapan dan bahan2 binaan masjid semua di curi orang lain. Memang susah giler tau nak bina sebuah masjid yang dalamnya terkandung komuniti2 yang baik (soleh dan solehah) .

Jadi sebagai nasihat dari ana, andai cinta manusia kita hilang, pohonlah kepadaNYA cinta yang hakiki dariNYA. moga2 DIA mendengar rintihan kita dan memberi cinta dari hambaNYA yang mencintaNYA dengan sepenuh hati dan keikhlasan.Jangan mudah terkejut beruk dan sawan apabila kehilangan cinta manusia, tapi TERUJA lah untuk mencari cintaNYA selepas hilang cinta "si dia" ...


LAGU pilihan ana untuk antum semua menikmati dan mencari maksud "sentap" dalam lirik lagu ini.. semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatanNYA dan moga DIA memberikan kita cinta yang kita impikan.. amin....

Assalamualaikum.. (^_^)

No comments:

Post a Comment