Friday, May 11, 2012

Hakikat cinta dalam "HATI"


Assalamualikum dan salam cinta untuk antum semua (^_^)
Selalu kita menyebut cinta,namun kita takkan mampu menafsirnya dengan satu maksud je. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Memang rugi gila dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu indah sangat jika kita fahamkan. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Then rasa2 cinta yang seterusnya apa eak?? Mestilah cinta "ayah ibu". Cinta yang mungkin menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak pergi hantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.Dasar anak tak kenang budi =='
Dan paling FAMOUS AND FABOLOUS, cinta sesama "manusia". Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Sebab hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Tapi serius caranya berbeza. Lain cara kita menyayangi ibu, and lain pulak cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Bila seseorang tu menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk , kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Tak bermakna bila kita memilih, kita dah lupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan "bervariasi". Rugilah jika kita kalau pilih "satu" je.. (^_^)
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara "emosi". Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatiNYA. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
Maaf lah jika ana hari ni guna ayat formal and jiwang sikit tapi ini hasil dari pembacaan ana dan ana tersangatlah tertarik dengan artikel ni.. (^_^) .. ana bagi dengar lagu ea?? hehe ^^
hari ni kita dengat lagu cinta2pulak.. (^_^)
OK... Assalamualaikum (^_^)


No comments:

Post a Comment