Saturday, May 12, 2012

Keras tak hati kita ???


Assalamualaikum dan salam sejahtera dari ana sebagai pembuka bicara (mahai ayat ==')

Antum semua pasti semua dah biasa kan dengan perkataan "HATI KERAS" ... Seperti yang biasa kita tahu hati ni memang mengawal tubuh badan kita. "Kotor"nya hati maka "kotorlah" perbuatan kita. Tapi kita tahu tak apa punca "kekerasan" dan "kekotoran" hati kita??

Apa yang ana nampak sejak dua menjak ni ramai dari kita dan termasuk ana sekali , hati kita ni "keras" untuk menerima teguran dan nasihat. Hati kita juga selalu bersikap negatif terhadap kebaikan yang di buat oleh orang lain. Ini lah di katakan penyakit hati yang mana DIRI SENDIRI je yang mampu selesaikan sakit kronik ni.

Kalau kita tengok pic kat atas tu pun kita dapat simpulkan yang sekeras mana hati kita itu pasti akan ada kelembutan yang tersimpan di dalamnya. Cuma kita kena lah gunakan cara yang sesuai untuk pecahkan "kekerasan" yang menyelubungi hati kita. Jangan salah cara pulak , nanti confirm "bersepai" hati tu... kena buat elok and ada cara2 tersendiri yang insya allah selamat...



Tengok hati yang di kunci tu, macam2 kunci try guna tapi last2 kunci yang tak di sangka2 dapat bukak "lock hati kita". So apa yang boleh kita boleyh buat untuk gantikan posisi "kunci" tu dengan perbuatan kita.??????

Pada ana, cara yang terbaek untuk "buka" dan "pecahkan" kekerasan hati kita adalah kita rujuk kembali AL-QURAN DAN SUNNAH. Itu adalah rujukan utama umat bagi umat islam yang NABI MUHAMMAD S.A.W  tinggalkan untuk kita sebagai panduan dalam pelbagai masalah yang kita hadapi.

Dan selain itu cuba lah "ajar" hati kita ini untuk menerima nasihat dari orang lain. Andai kita gagal buat macam tu mungkin ada sesuatu yang "rosak" dalam hati kita. Kita kena check balik semua tu ok.
Dalam dunia tak semua apa yang kita sangkakan baik adalah buruk TAPI tak semua juga yang kita sangka "buruk" tapi ianya "baik" di mata semua. Peningkan??? senang cerita bersangka baiklah terhadap apa yang orang lakukan BUT kalau perkara tu dah betul2 salah dan "sahih 100%" baru lah kita ambil tindakan suapaya ianya tak terpesong jauh dari suruhan ALLAH S.W.T.. (^_^).

Insya allah ana rasa cukup sekadar sampai sini je kot. Ada masa lagi kita akan bincangkan lagi tentang masalah2 hati. Banyak jugak tau.. hehe.. Apa pun ana harap semua dapat mengambil iktibar terhadap apa yang ana cuba sampaikan. Moga ianya ada ganjaran buat kita di sisiNYA.. aminn ..
WASALAM....





No comments:

Post a Comment