Antum pasti dah basi dengan "hati" kan ? Bila hati je kita mesti kaitkan dengan cinta . Lagi2 remaja@hot stuff macam kita pasti tak lari dari untuk menjaga hati orang yg kita sayang...
PERSOALANNYA??......
Dapatkah kita nak puaskan hati semua orang dalam satu masa?
(senang je soalannya)...
(ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dana apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.ingatlah ia adalah hati ).diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Kita rujuk sabda rasulullah s.a.w . Apa yang dapat kita "kupas dan kopek" dari hadith baginda s.a.w tentang hati ini?
Sudah terang lagilah bersuluh yang hati ni adalah anggota yang amat penting dalam tubuh badan kita yang mampu mengawal perbuatan dan pemikiran . Percaya atau tidak yang kemurkaan kita lakukan adalah berpunca dari "kekotoran dan kehitaman" hati kita sendiri .
Jadi secara logiknya,kekotoran akan di bersihkan dengan "bahan peluntur" kan? Pada pandangan ana sendiri ubat yang paling mujarab untuk hati adalah "KALAMULLAH" ...
Apa pun , lumrah bagi kita untuk menjaga hati tak kira lah hati kita atau hati orang lain kerana "kebersihan hati" itu harus di jaga sepanjang masa untuk memastikan "KEMUNGKARAN DI HINDARKAN" ..
Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab bagi kita juga untuk menjaga hati semua insan yang kita sayangi
maksud insan yang tersayang :
(ibu bapa,keluarga,sahabat,guru dan kenalan)HEHE...harap maklum (^_^)
Akan tetapi adakah kita MAMPU untuk menjada kesemua hati2 ini ?
MAMPUkah kita "membantu" untuk menjaga kebersihan hati2 ini ?
Dari sudut akalnya ianya bukan sesuatu yang mudah bak kata orang2 "kacang je~~" ... untuk memastikan kesemua hati ini dapat kita jaga adalah suatu cabaran juga bagi kita .
Namun tak bermakna kita tak perlu menjaga kesemuanya .
Paling tidak pun "CUBA" untuk menjaga kerana andai hati mereka2 sakit kerana kita , wujudnya "tali2 rapuh dan usang" dalam hubungan silaturahim yang terjalin .
Tak kan kita nak tarik orang yang kita sayang dengan guna "tali2 rapuh".
Confirm2 putus punya ..
Kadangkala kejujuran bagi kita merupakan alasan pada pandangan mereka . Oleh itu mungkin "diam diri" adalah terbaek untuk kita kerana jikalau mereka tahu perkara sebenar yang terjadi yang menyebabkan kita tak dapat memuaskan hati2 mereka , pasti erti "kefahaman" terhadap alasan kita akan lebih mendalam mereka terima .
Bukan semua hati kita dapat jaga , namun buatlah yang terbaik untuk menjaga hati2 orang yang kita sayang .
Namun hati kita pun jangan lah sampai "terleka dan alpa" untuk jaga sebab kita pun tak nak jugak "HAK KITA" kotor dan berhabuk .
YANG PASTI , dalam hati kita mesti ada "ALLAH" sentiasa kerana DIA sentiasa bersama kita .
Kita pun kena lah sentiasa berada dekat dengan DIA . Insya allah akan menjadi hamba NYA yang di redhai dan di berkati sentiasa (^_^)
Ana harap antum semua serba sedikit dapat ambil intipati "padangan" ana ini . Dari 100 % ana sampaikan , cukuplah 2 % antum semua ambil dan aplikasikan dalam kehidupan . Insya allah ianya berkesan dalam jangka masa yang panjang (^_^)
Macam biasa , ana pasti akan hiaskan dengan lagu sebelum undur diri .
Untuk antum semua , syukran . ENJOY ok ;-)
Assalamualaikum.. salam cinta (^_^)


No comments:
Post a Comment