Sunday, April 22, 2012

pintuNYA sentiasa terhidang luas untuk kita

ASSALAMUALAIKUM w.b.t... \(^.^)/

DOSA?
"suatu lumrah bagi kita sebagai HAMBA ALLAH YANG LEMAH melakukan dosa."
Kata2 ini lah yang sering di luahkan apabila di tanya tentang dosa.Akan tetapi adakah kita sedar dosa yang kita lakukan itu adalah daripada diri kita sendiri.HATI kita yang berbisik untuk melakukan dosa.HATI kita yang di racun oleh SYAITAN DURJANA untuk melakukan dosa.

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. AL A'RAAF:200)

Tidak cukup jelas lagikah KATA2 ALLAH yang mengingatkan kita supaya sentiasa berdamping dengan DIA tatkala kita di goda SYAITAN DURJANA. Adakah kita masih nak MENYALAHKAN TAKDIR apabila kita melakukan dosa.
                                          "tepuk dada , tanya iman"
Ramai dalam kalangan remaja sekarang "mabuk" dengan hiburan2 zaman sekarang yang banyak merosakkan akidah kita.
Dengan gejala sosial yang semakin menjadi2... Semuanya dari kalangan kita (REMAJA).Apakah ini yang kita impikan untuk membangunkan agama kita?
tentunya tidak bukan? \(^.^)/

Walaupun kita tak lari dari dosa namun tak bermakna tiada pintu NYA yang terbuka untuk kita agar kembali ke jalanNYA.
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN... \(^.^)/
DIA sentiasa menyayangi hambaNYAyang meminta keampunan atas dosa2 yang telah di lakukan dan insya allah dengan kesungguhan kita untuk bertaubat dan berubah,DIA akan mengampunkan kita.SYARATNYA??

ISTIQAMAH..ini lah alternatif tambahan kita (^.^)
apa makna "istiqamah"? Dalam bahasa mudahnya "kekal atau maintain".
sesuatu perubahan ke arah yang baik jikalau kita kekalkan , insya allah DIA memandangnya dengan pandangan yang mulia (^_^)

MASALAH remaja2 islam sekarang adalah mereka "cepat bertaubat dan cepat juga meninggalkan taubat".
Bermakna mereka melakukan perubahan itu dalam tempoh masa yang singkat dan "bertaubat apabila ditimpa kesusahan".
Ini bukan cara nya taubat.Ini dinamakan "MEMPERMAINKAN ALLAH".

Kita ini "HAMBA" dan bukanlah "RAJA" dan tidak sepatutnya kita permainkan kemaafan yang kita perolehi dari DIA. Na'uzubillah.....
Adakah kita ingin "tempah tiket" ke neraka?
Ataupun kita nak "tempah tiket" ke syurgaNYA?

Fikirkan lah remaja2 islam (AKAR) sekalian.
Sehebat mana kita di dunia ini dengan kesenangan yang kita perolehi,tak bermakna kesengan dan kebahgiaan "menanti" kita di akhirat kelak.
JAUHKANLAH diri kita dari perkara2 yang "menjauhkan" lagi kita dengan DIA.

Untuk berubah bukan pada masa yang akan datang,tapi ianya bermula SEKARANG (detik ini).Sucikan niat kita untuk berubah dan "menyesal" dengan dosa2 yang telah kita lakukan sebelum ini.
Pohonlah perlindungan dariNYA daripada "BISIKAN SYAITAN" yang hanya mengheret kita ke lembah neraka di akhirat kelak.
Masih belum terlambat lagi bagi kita untuk bertaubat kepadaNYA.


Marilah sama2 kita basahkan lidah kita ini dengan puji-pujian kepadaNYA dengan doa taubat yang ana kongsikan ini.
Tanamkan dalam hati ini yang kita betul2 ada "penyesalan" yang teramat sangat dan mohon di lindungi supaya di hindarkan daripada bisikan syaitan.. insya allah ^^

Ana minta maaf andai ada yang terasa hati dengan kata2 ana.Bukan niat hati ana menyakiti tapi ana mahu "menyembuhkan" luka2 busuk dalam hati kita supaya hati kita bersih dari segala "kudis2" yang kita buat sendri .
wallahua'lam ....
 

No comments:

Post a Comment