Friday, May 25, 2012

"CINTA" bukan ku pinta

Assalamualaikum antum..

Rasanya dah lama ana tak update blog ni.. hehe... Ana berbesar hati hari ni nak update tentang cinta.. Tapi ni tak bermaknya tajuk tu membawa maksud ana di "jatuhkan" cinta.. hehe... Namun begitu (skema gila) , ana tetap mengharapkan cinta yang hakiki dariNYA... (kita pun kena berusaha jugak)

Antum semua pernah tak tibe2 rasa hati kita "dijatuhkan" cinta pada sesiapa sahaja yang pertama kali kita pandang,wowwww! terus sentap... MESTI PERNAH KAN ????
UNTUNGLAH..~~ ana sendiri tak pernah rasa macam tu. .. So ,, ana nak tanya...
adakah itu dinamakan cinta pandangan pertama ???? (cuba fikir kejap...kejap je)

SEsungguhnya cinta dariNYA itu merupakan cinta yang ternikmat sekali... tapi cinta hambaNYA kepada kita?? adakah ianya suatu permainan??  atau pun kebetulan ??
Pada pandangan ana sendiri cinta yang hadir tanpa kita pinta itu merupakan suatu perkara yang tersembunyi kemanisan dalam kepahitan... Namun ianya haruslah berlandaskan hukum hakam ISLAM yang di tetapkan...

Andai seorang wanita itu di datangi oleh seorang lelaki yang tiba2 menyatakan hasratnya untuk menikahi dirinya ... Apa yang perlu wanita itu buat ??? Kita landaskan semua perkara itu atas dasar yang ISLAM dan tetapkan ... jumpa lah ayah si wanita itu dan nyatakan hasrat suci mu itu TETAPI..... Ianya haruslah lulus atas kemampuan kita untuk memberi jaminan kepada ayah si wanita itu yang kita mampu untuk menjaga anaknya sehabis baik... (wah... gaya ana cakap macam ada pengalaman)

Anggaplah segala yang berlaku itu merupakan ketetapan dariNYA yang mana DIA lebih mengetahui kemanisan yang "terselit" dalam sesuatu yang berlaku itu .. Bila DIA tetapkan "itu" .. pilihlah "itu" .. (antum faham ke apa yang ana sampaikan ni?? hehe)

Namun rugilah bagi mereka yang langsung tak merebut peluang untuk mendambakan cinta dariNYA dahulu sebelum mendambakan cinta hambaNYA... Jangan sekali2 kita abaikan cinta dariNYA.. Kita mahukan cinta abadi dari hambaNYA tapi kita tak pohon pun cinta abadi dariNYA..
ITU TAK ADIL!!!!

Cuba bayangkan ana ada seekor kucing betina ... then kucing tu dapat jumpa kucing jantan pujaan hati "dia" .. apa yang berlaku ialah kucing antum melupakan antum yang selama ni membesarkan "dia" sejak kecil lagi setelah "dia" berjaya mendapatkan kucing jantan idaman hati ... mesti kita marah kan ???
(hope antum faham ==')

Jadi sebagai konklusinya cinta itu pasti akan hadir juga dalam hati kita tak kira macam mana pun caranya.. Andai ianya buka secara kita pinta, percayalah ianya ada hikmah terbaek untuk kita .. andai ianya "secara terancang" , RANCANGLAH cinta itu berlandaskan agama kita,.bukan berdasarkan "nafsu" kita...

APA YANG BAIK TU DATANG DARI-NYA DAN YANG KURENG TU DATANG DARI-NYA DAN DI SANDARKAN PADA KELEMAHAN ANA SENDIRI ...
nak lagu tak ?? hehe... amek ni...

MARI kita bermuhasabah cinta kita ni..adakah ianya pada DIA atau pada "dia" ??? hehe..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CINTA DARI ANA..

4 comments:

  1. semua entry psl cinta =p=p letakkan yakin dan tawakal itu 100% padaNya, cinta manusia x kan lagi jadi faktor perunsing~ bukankah jodoh itu antara 4 perkara tetap yg dah ada sejak kita di loh mahfuz lagi dan x mungkin dpt diubah?...=)

    btw, this entry is nice written =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... terima kasih anti sebab sudi comment.. ana bukan lah dr cinta pun tapi segala ilmu di blog ni ana kongsikan berdasarkan perbncangan usrah ana di bumi orang ni...niat ana hanya berkongsi..insya allah ^^

      Delete
  2. Kita boleh lihat...sekarang ni sangat ramai yang bercinta...terutama para remaja..bahkan mereka lebih mengutamakan cinta kepada manusia daripada Allah yg ESA..Telah banyak artikel2 yang dikeluarkan sebagai nasihat menjauhi budaya 'couple' tapi hanya segelintir yg mengambil kisah..selebihnya wallahu'alam...
    apa yg perlu kita buat hanyalah...
    *berdoa
    *mengadu kepada Allah
    *jika sukakan seseorang xperlu merayu cuma berdoa dan yg penting persiapkan diri menjadi seorang yg soleh/solehah...
    *ingatlah janji Allah..'perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik' in shaa Allah... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah... betul tu... biasalah.. dalam kegelapan memang sukar untuk lihat cahaya.. insya allah sama2 mendoakan ^^

      Delete