Wednesday, February 27, 2013

Manisnya berUKHWAH (^_^)


Assalamualaikum dan salam iman (^_^).....

Antum semua mesti pernah kan rasa berukhwah? macam mana eak rasanya? manis? keeeee rasanya x menyenangkan? hehehe.. Kalau x menyenangkan , rasanya kena check balik kot "organ penting" dalam badan antum tu ok ke tak... hi3.. Sebab ukhwah ni adalah salah satu nikmat yang indah DIA sediakan untuk kita. Kemanisan itu mungkin sukar di rasa tapi sekali merasa, ianya takkan mudah untuk hilang begitu saje..

Pada ana sendiri , ukhwah merupakan nikmat DIA yang mampu mendekatkan diri ana dengan DIA... Kerana apa? Kerana dari ukhwah ini ana mampu membina semangat bersama sahabat2 yang lain untuk menuju ke jalan yang sama2 kita impikan tanpa seorang pun yg tercicir di belakang.

Alhamdulillah ana diberikan kesempatan dan rezeki olehNYA untuk merasai sendiri nikmat berukhwah itu setelah kehausan merasainya. Baru2 ni ada ikhwah2 dari china dan jepun datang ke korea mnyertai program di sini.

Sememangnya permulaan ukhwah itu merupakan satu keanehan. Kami semua time mula2 jumpa sangat pendiam dan kurang berbual, setakat tanya nama and dari mana tu ada lah.. hehe... Akan tetapi kehangatan ukhwah itu sendiri yang membuatkan hubungan kami makin mesra. Kalau dah duduk berbual sama2, makan pun bersama, solat pun berjemaah bersama, mana taknya ukhwah itu makin manis terbina. Alhamdulillah nikmatNYA sediakan untuk hambaNYA ini amatlah besar dan bermakna.

Dalam tempoh yang singkat kami saling mengenali, bergurau senda. Ia merupakan pengalaman manis untuk diri ana sendiri. Mungkin kami saling mempunyai kekurangan namun bila kami "bersatu" ianya menjadi suatu ikatan yang kukuh dan lengkap. Itulah kelebihan berukhwah untuk kita semua.



Lihatlah wajah2 kami yang sedang merasai kemanisan ukhwah itu sendiri. Senyuman setiap dari kami mampu mengenggelamkan kesedihan seseorang dalam kalangan kami juga. Time ni kami sedang berjaulah, subhanallah... setiap saat berjaulah kami niatkan keranaNYA dan alhamdulillah ianya berjalan lancar dan penuh bermakna. Kami saling bertukar2 ilmu tak kire lah dari segi bahasa mahupun ilmu agama. Kerana ilmu itu kalau di simpan takkan boleh bawa ke mana. Untungnya mereka yang berkongsi ilmu daripada yang memendam je. (^_^) 


Ana sendiri ada belajar bahasa cina dan bahasa jepun sikit2... walaupun agak pelik bunyi bila sebut tapi sekurang2nya kepelikan itu merupakan kenangan bagi setiap dari kami. Ada juga kesempatan kami bersama2 untuk mnyumbangkan suara dalam majlis penutup program dengan menubuhkan kumpulan nasyid yang menggabungkan ahli dari korea,china dan jepun... namanya "baitul muslim" ... hi3... alhamdulillah..salah satu kenangan yg x dilupakan juga tu.. 

Namun menjadi suatu kewajiban bagi sebuah pertemuan ber"temu" pula dengan perpisahan. Hanya dalam tempoh yang singkat kami berjumpa dan berkenal dan tiba masa untuk kami berpisah. Dalam hati kami ianya berpisah dimata semata2 tapi di hati jangan sekali.. hehe... 

Insya allah sekiranya ada masa dan keizinan yang DIA berikan adalah jodoh kami untuk bertemu kembali untuk menguatkan lagi tali ukhwah yang terjalin ini... Moga setiap dari kami pulang denga membawa jiwa2 yang baru setelah mengikuti tarbiyah diri (^_^) ...

Akhir kata dari ana, kemanisan ukhwah itu mungkin sukar untuk kita rasai andai "malu" itu ada dalam diri tapi sekali sudah merasa, sampai bila2 kemanisan itu melekat pada diri kita.. moga sentiasa isitomah dalam setiap apa yang kita lakukan... insya allah... 

Ana dendangkan lagu untuk antum semua... manisnya ukhwah itu (^_^)


Assalamualaikum ... 

Tuesday, February 26, 2013

"BURUK" tidak semestinya "hina"

Assalamualaikum...

Hi2.. Agaknya apa yg antum dapat tengok and dapat simpulkan bila lihat pakcik hensem kat sebelah ni? hi3... Apa komen first yang mampu antum bagi untuk "sifat2" pakcik ni?

Kalau dari pandangan ana, bila tengok muka pakcik ni mesti dah tak selera nak makan,.. tengok lah dengan gigi yang terabur, mulut besar, kulit hitam legam.... (semua negatif kan?)

"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan , sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan jangan lah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangalan sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi maha penyayang"  (hujurat 49;12)

Apa yang antum dapat keluarkan dari ayatNYA yang ana share kat atas ni? Semua perkara dalam dunia ni kita tak mampu nak luahkan sifatnya dengan sekali pandangan sahaja. Kadankala ianya buruk di luar tapi elok je "isi" nya di dalam tapi ada pula yang cantik luarannya tapi "isi" nya busuk tak berguna. 

Ana ada satu peristiwa yang terjadi pada ana nak kongsikan sebagai satu pengajaran untuk semua. Peristiwa ni terjadi hari ni jugak time ana nak pindahkan barang2 ke rumah baru. Ana ada kenal dengan seorang pakcik korea ni and dia kerje kedai barang2 "second-hand". Pakcik ni ada lori and ana pun ada bincang untuk mintak bantuan dari dia untuk tolong angkat2 barang ke rumah yang baru. Ana janji dengan pakcik ni untuk pindah barang dalam pukul 11 pagi. 

And tibalah hari yang di nantikan iaitu hari ni. Jam pun menunjukkan tepat 11 pagi and barang2 pindahan semua dah siap diturunkan dari tingkat 5 ke bawah. Akan tetapi pakcik ni tak pula muncul2. Memang menjadi tanda tanya kenapa tiada pula muncul pakcik yang baik ni. Ana tanpa fikir panjang pun marah2 dan kutuk2 pakcik ni kata lah yang "mmg pakcik ni nak main2kan kita" ... selang dua jam kami menunggu, pakcik tu pun call ana and katakan dia mintak maaf sebab tak tepati masa sebabkan ada kerja yang lebih penting. ASTAGHFIRULLAH! Perasaan buruk sangkan ana tu sendiri dah menghitamkan hati ana ini.  

Tambahan pula pakcik korea ni siap tolong sama2 angkatkan barang2 ke lori dan kami ada jual barang terpakai and dia mabil barang tu serta beri bayaran pada kami. SUBHANALLAH ! Betapa baiknya pakcik ni. Akibat perasaan buruk sangkan ana tu dah memalukan diri ana sendiri dalam diam.


Apa yang ana nak cuba sharekan, kita jangan cepat untuk berburuk sangka terhadap seseorang tak kiralah luarannya "molek" atau "tidak". Kerana Allah sendiri melarang kita untuk buat sedemikian rupa. Sentiasalah berbaik sangka dengan orang agar kita dapat menyenangkan hati kita sambil2 kita juga menyenangkan hati orang sekeliling kita. Itulah yang di katakan "BURUK TAK SEMESTINYA HINA".

Kita perlu malu dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri sebelum kita membuka aib dan kelemahan orang lain. Sentiasalah berusaha untuk sama2 kita perbaiki kelemahan diri sendiri dan juga "menegur" kekurangan orang lain dengan bijak. Moga ada kesenangan dalam keperitan yang kita lalui.

Ana rasa setakat ini perkongsian ilmu kita. Mungkin tak seberapa tapi sekurang2nya ianya dapat memberi kita peringatan dalam hidup seharian kita. Ana kongsikan sedikti ceramah dari ustaz kazim tentnag buruk sangka ini. Moga sama2 kita ambil iktibar. Salam rindu untuk semua (^_^)





Monday, February 25, 2013

Apa "duty" kita??


Assalamualaikum dan salam kemanisan iman untuk antum semua...

Alhamdulillah hari ini ana dapat perkongsian ilmu dari sahabat2 ana tentang suatu perkara. Mungkin antum semua tahu and selalu dengar tentang "tugas kita sebagai khalifah".. And maybe antum semua dah masak dengan perkara ni... hehe.. tapi ana masih dalam sesi pembelajaran lagi dan apa yang ana pelajari hari ni ana nak sama2 kongsikan denga antum semua..

Antum rasa apa actually tugas kita di muka bumiNYA ni?
khalifah?
hamba?
pekerja?

      “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.” 
                                                                                                  Surat Adz dzariyat ayat 56

Apa yang kita boleh kita keluarkan main idea yg ada dalam ayatNYA ni? apa yg dimaksudkanNYA dengan "menyembah kepadaku" ? Adakah ianya cukup sekadar solat lima waktu? Adakah ianya memadai dengan buat ibadah tak berhenti2 selama 24 jam? 

Kadangkala kita memerlukan waktu untuk mentarbiyah diri sendiri dan pastinya kita juga memerlukan waktu untuk mentarbiyah orang lain... Ianya bermaksud kita membawa 2 tugas dalam satu masa iaitu HAMBA dan KHALIFAH. Yang mana HAMBA ini tugasnya taat dengan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA manakala KHALIFAH bermaksud kita menyampaikan agama ini kepada seluruh umat.

"katakanlah (Muhammad), "inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."        (surah yusuf, ayat 108)

Ana tertarik dengan ayat ini kerana ianya dapat mengajar kita tentang erti tugas kita sebagai khalifah dan hamba. Kita boleh "reflect" kan ayat ini ditujukan pada kita bahawa andai kita sebagai orang yang menyampaikan , sampaikan lah orang yang kita bawa itu ke arah ALLAH dengan penuh pengamatan dalam jiwa moga apa yang kita tujukan itu tercapai dan ada keberhasilannya (^_^)
Bukan mudah tugas ini untuk "dijalankan" dan bukan senang juga tugas ini untuk "ditinggalkan"

Tapi andai kita tahu apa yang dimaksudkan Allah dalam ayatNYA ni pasti kita akan sensitif dengan makna tersirat ini. Mungkin kita belum bersedia untuk melakukan tugas ini tapi percayalah sekali kita menolong agamaNYA ada ganjaran yang DIA sediakan untuk kita. Jangan pernah kenal erti mengalah sebelum bermula. Mungkin ianya sukar pada kata2 tapi mudah dalam perbuatan.

Sebenarnya tiadalah istilah "bersedia" dalam melakukan tugas dakwah ini. Kita mampu lakukannya kalau kita "mulakan"nya. Kadang2 kita ada impian tapi kita takut untuk laksanakan impian itu. Sama seperti ana, ana ada impian untuk lakukan tugas dakwah ini tapi ana takut untuk hadapi apa yang akan berlaku andai ana gagal. Alhamdulillah ada akhi yang mengingatkan "dakwah ini kita tidak lihat pada hasilnya tapi kita lihat sejauh mana usaha yang kita lakukan". Moga ada kemanisan dalam kepahitan...

Jadi apa yang kita tunggukan lagi, sekarnag kita dah tahu tugas kita. Apa kata kita terus bermula untuk berubah. INGAT! Jangan tangguh dalam perubahan jika tak mahu lihat kegagalan (^_^) ... Ana sajikan antum semua dengan salah satu lagu fav ana juga ni.. hehe...

Ana rasa sampai sini je kot perkongsian ilmu kita, moga ada kesempatan lain yang diberiNYA untuk kita berkongsi ilmu lagi... (^_^) .. assalamualaikum


Sunday, February 24, 2013

Jalan Perubahan




Assalamualaikum ... dan salam cinta untuk semua.. (^_^)
Lama dah rasanya ana tak update blog ni... alhamdulillah ,dalam jangka masa itu macam2 perkara ana dapat rasa... manis,pahit.. macam2 rasa yg dinikmati ^^

Jalan yang ana lalui selama mendiam diri ni merupakan satu proses untuk ana mentarbiyah diri sendiri untuk melakukan transformasi diri... dengar je "transformasi" mesti semua tahu eak maksudnya.. hi2...
ianya adalah "jalan perubahan".. jalan yg sgt mencabar tapi seronok bila "passss"..
Apa main idea yg bermain difikiran antum semua bila sebut pasal PERUBAHAN ni?
               jadi baik?
               tak buat bende2 jahat?
               lakukan perubahan 360degree??? 
hehe... actually semua yang kat atas tu semua betul... takde maksud yang salah pun.. Pada ana sendiri,definisi PERUBAHAN itu ialah proses membuang "KEJAHILAN" dan digantikan dengan "IBADAT2 DAN AMAL2 YG ISTIQOMAH" ...
ni pulak definisi dari sahabat ana yang menyatakan bahawa perubahan itu adalah :
                      Hijrah ke arah kebaikan yg superb !

Entah,ana sendiri tak tahu kenapa dapat definisi tu,TAPI ianya berdasarkan atas diri ana sendiri..

Mungkin ada antara kita akan cakap yang melakukan perubahan itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan susah nak "constant" dalam perubahan... memang yer pun KALAU diri tu sendiri dah fikir macam tu memang patutlah perkara tu berlaku...
  Perubahan ni memerlukan STEP... tak boleh "SEMBRONO" je bak kata orang jawa.. nanti HANCUR musnah semuanya... 
Pada ana sendiri, kalau nak MULAKAN perubahan perlu didahului denga NIAT... 
     Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu
Kalau kita rujuk hadis SATU kat atas ni kita kaan faham apa itu amalan yang dimulakan dengan niat... Niat itu bukan dari "kata2" tapi ianya lahir dari hati yang suci,murni dan bersih... kalau niat kita berubah untuk berbangaa,errkkk? macam kena check balik je niat tu.. takut "lari jauh" sangat dengan apa yang dimaksudkan dengan hadis di atas ni.
THEN lepas tu bermulalah MISI kita untuk merealisasikan apa yang telah kita niatkan ... ALLAH itu maha mengetahui apa yang kita hajatkan,.. dalam setiap perkara mestilah ada usaha yang terbaek kita lakukan demi niat kita itu...walaupun hasil yang kita perolehi itu sangat tak seberapa tapi DIA memandang usaha kita.. dan setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran di sisiNYA.. PERCAYALAH!

Sedang kita dalam proses melakukan perubahan kita perlu peka dengan sekeliling kita, contohnya :

*kawan2
*hiburan

dua perkara ni biasanya mainkan peranan yang penting and kadang2 boleh menjadi punca berlakunya "kebengkalai" dalam perubahan (^_^)
Jadi sebagai solusinya, pilihlah kawan yang baik untuk kita bersama2 melalui proses tarbiyah diri bukan untuk diri kita sahaja,tapi dengan rakan2 lain. Tapi ini tak bermakna kita kena tinggalkan kawan2 kita yang "kurenggg baik"nya.Setelah kita rasa cukup dan berani untuk menyeru ke arah kebaikan,jalankan lah tanggungjawab kita terhadap rakan2 kita tersebut. Moga "kemanisan" perubahan itu dapat dinikmati bersama.

Selain tu, tanamkan dalam diri untuk merasai perasaan "jelous" terhadap kebaikan orang lain. Ini boleh ditimbulkan dari aspek positif,jangan benci dengan kebaikan mereka, tapi cemburui dan tekad untuk melakukannya juga agar kita dapat sentuhan jiwa untuk bermula melakukan kebaikan (^_^)..
Dalam menuntut ilmu juga, jangan pernah wujudkan perasaan jemu kerana ilmu yang kita timba jika semakin banyak maka makin banyak lah dari ilmu tersebut yang boleh kita praktikkan dalam hidupan seharian kita..

ISTIQOMAH.. Perkara ni yang paling susah untuk kita kekalkan dalam perubahan... agak2 kenapa eak?
hati gelap sangat ke?    
banyak sangat dosa ke?
errr??? orr??? takde keampunan untuk kita bertaubat?
hehe.. semua sekali tak tepat, .. dalam melakukan perubahan itu kita ni ibarat seorang pendaki gunung Everest... dan perkara2 jahiliah itu umpama barang2 yang membebankan kita semasa mendaki... Andaikata semasa melakukan perubahan itu kita joinkan sekali perkara2 jahiliyah2, macam mana kita nak senang untuk mendaki gunung Everest yang tinggi melampai tu?

Jadi pada ana,untuk kita meng"constant" kan apa yang kita ubah dalam diri kita ini, kita perlulah peka dengan  perkara jahiliyah yang kita lakukan,..

              "susah untuk kita dapatkan hasil durian yang bnyak kalau setiap kali kutip kita membedal"

Ana rasa setakat ini je kot ana dapat kongsikan dengan antum semua berkenaan dengan "jalan perubahan"..
              "Jalan ini mungkin sukar dan gelap tapi percayalah DIA dah sediakan yang terbaek menanti                
               kita di penghujung perjalanan ini"
Jangan pernah berhenti memohon doa kepadaNYA supaya ditetapkan hati dalam melalui jalan perubahan ini... mungkin kita tidak yakin tapi DIA sentyse berada dengan kita... aggaplah DIA melihat apa yang kita lakukan.. dan buatlah sesuatu itu secara EHSAN (sehabis baik!)...

Moga ada jodoh lagi untuk ana kongsikan serba sedikit ilmu ... moga ada juga keberkatanNYA bersama kita dalam perkongsian ilmu ini... jazakallah (^_^) ...

assalamualaikum ...

Saturday, June 30, 2012

Kekeruhan dalam Pendamaian


Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Rasa2nya dah lama ana tak update blog ni. Maaf lah, kebelakangan ni ana memang busy sikit dengan urusan pelajaran, and sekarang dah start cuti so insya allah ana ada masa untuk kongsikan serba sedikit ilmu yang ana ada utk pembaca semua ,

Topik kali ni memang agak sinonim sikit dengan antum semua, tipu jika ana dengar jawapan yang kat dunia ni tak ada orang tak pernah alami konflik masalah dalam perhubungan. Sesungguhnya dalam perhubungan itu pasti akan ada pahit dan manisnya, semuanya terpulang pada diri kita untuk "menghias"kan hubungan kita itu dengan rasa apa.

Kali ni ana cuba sentuh tentang hubungan cinta manusia.
Kalau dulunya masing2 khayal dan hanyut dalam percintaan yang tidak halal tapi andai salah seorang daripadanya berundur kerana takut akan "dosa ghaib" , apakah agaknya pasangan nya yang lagi satu tu akan fikir tentang si dia yang nak berubah itu?
adakah dia akan ingat bahawa "si dia" dah ada orang lain?
adakah dia akan ingat yang "si dia" tu nak berubah sebab nak cari perempuan yang lebih baik darinya?

Itulah yang kerapakali akan terjadi andai terjadi perkara macam tu dalam perhubungan cinta.
(sebenarnya ana tak galakkan antum semua bercinta sebelum bernikah) ..
Namun setelah berlakunya perpisahan antara mereka,adakah terus terputusnya talian "sahabat:" itu?
perlukah ada nya hadir perasaan "benci" terhadap "si dia" yang cuba berubah ??
Jelas di situ tiada kejujuran dalam persahabatan yang terjalin meski kejujuran itu sukar untuk di lihat dengan mata kasar namun kata hati itu mampu mentafsir erti kejujuran itu sendiri.

Ana masuk pula dalam hubungan sesama "sahabat"...
jika dulunya dia seorang yang jahil dalam agama,andai dia cuba berubah dan cuba mengajak kawan2 yang lain ke arah yg baik,adakah itu di kira "hipokrit dalam perubahan?"...
dia di hina dan di kutuk2 kerana perubahan sikapnya.Jika dulu dia ingin di terima dalam kalangan kawan2 dan terpaksa mengikut segala tingkah laku yang kurang sopan tapi sekarang dia di hina dek kerana sikapnya yang jauh lebih baik dari kawan2 dia.
Dia terasa tersisih dan dia cuba ingin kembali bersama kawan2 dan dalam proses pendamaian antara rakan,dia di sisih dengan teruknya.. adakah ini adil bagi seorang hamba yang cuba ingin berubah ke arah baik.???
jawapannya ya... sebab allah tahu apa yang terbaek utnuk hambaNYA. sehina apa pun kamu di pandang dalam mencari pendamaian,selama itu lah pahala dan barakahNYA sentiasa bersama kamu.

Jangan pernah mengalah dalam mencari pendamaian,kerana sesungguhnya ALLAH mencintai hambaNYA yang cuba menjernihkan segala kekeruhan yang terjadi.




oleh itu andai perkara ini terjadi pada diri antum semua, BERSABARLAH.. kerana allah sentiasa bersama hamba2NYA yang bersabar dalam menerima ujian....
jangan pernah berputus asa dalam mencari kedamaian. jangan pernah menyalahkan takdir kenapa diri di "hentam" sebegitu rupa sedangkan anda berada di pihak yang benar (^_^)..


semoga perkongsian ilmu kali ini serba sedikit dapat kita ambil sebagai pengajaran dalam hidup kita.. semoga allah sentiasa bersama kita jika kita di pihak yang benar...




Friday, June 1, 2012

Sabar lah wahai HATI (^_^)

Assalamualaikum pembuka bicara ..(^_^)

Antum semua sehat yer? ana dah lama tak update blog and status.. hehe.. mesti antum semua pun tak tertunggu kan?? hehe.. Kali ni ana nak borak2 tentang "hati" ...  apa sebenarnya motif gula2 bentuk cinta kat atas tu?? dan apa maksud gula2 tu pecah?? Kita main teka teki ni.. huhu..

Biar ana berikan maksud yang "tersembunyi" tu.. hehe.. maksudnya ialah "HATI YANG HAMPA DENGAN CINTA MANUSIA".. agaka2 dapat agak tak? (apa punya ayat lah ni?? ==')
Manusia ni senang sangat "lumpuh" apabila di kecewakan oleh cinta manusia.. Memang lah tak lari dari lumrah yang cinta itu datang dan pergi... Tapi kena lah "stabil"kan kondisi kita apabila ianya pergi...

Sejujurnya ana mengaku yang ana sendiri pernah merasa "ketidak stabilan" diri apabila cinta itu pergi tanpa kita duga.. (jiwangnye ayat..geli).. erm, memang pada mulanya hati itu akan dapat satu kejutan yang amat sakit untuk diterima hati,tapi apabila kita istighfar dan fikir sejenak hikmah yang tersembunyi dalam nya, INSYA ALLAH kita akan dapat merasa ketenangan selepas itu...

Tidak akan semua yang kita rancang akan menjadi dan kekal untuk selamanya. Dan takkan ada jugak cinta yang kekal abadi selain cinta kepadaNYA. Sepahit mana rasa yang menimpa kita, MANISKANLAH ia dengan mencari cintaNYA... Pada ana, kemudahan dalam mencari cintaNYA selepas kehilangan cinta "dia" amat jelas dan tak perlu ana nafikan. Kita jangan terus mengharap cinta yang dah pergi itu akan kembali pada kita dan akan bersemadi dengan semulajadi (kecuali dengan ketentuanNYA) , tapi kita kena mengharap DIA memberikan petunjuk tentang apakah "kemanisan" yang DIA selitkan dalam kepahitan yang kita sedang alami (^_^)


Ana sendiri sentiasa dalam usaha untuk mencari cinta yang hakiki dariNYA. Kerana apa yang kita perlu buat dalam mencari dan membuat sesuatu perubahan adalah "ISTIQAMAH" dalam perubhan itu.. INSYA ALLAH DIA sentiasa bersama kita dalam usaha kita itu. Kenikmatan cintaNYA adalah merupakan suatu nikmat yang paling besar andai dapat kita kecapinya.

HATI itu kita tak boleh nak paksa untuk "direct" menerima kenyataan tentang perkara pahit yang kita lalui.. Perlu lah amek masa untuk menerima semuanya. Ana sendiri menyesal dengan apa yang terjadi selama ini. Mengharapkan sesuatu dan "masjid" terbina namun segala kelengkapan dan bahan2 binaan masjid semua di curi orang lain. Memang susah giler tau nak bina sebuah masjid yang dalamnya terkandung komuniti2 yang baik (soleh dan solehah) .

Jadi sebagai nasihat dari ana, andai cinta manusia kita hilang, pohonlah kepadaNYA cinta yang hakiki dariNYA. moga2 DIA mendengar rintihan kita dan memberi cinta dari hambaNYA yang mencintaNYA dengan sepenuh hati dan keikhlasan.Jangan mudah terkejut beruk dan sawan apabila kehilangan cinta manusia, tapi TERUJA lah untuk mencari cintaNYA selepas hilang cinta "si dia" ...


LAGU pilihan ana untuk antum semua menikmati dan mencari maksud "sentap" dalam lirik lagu ini.. semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatanNYA dan moga DIA memberikan kita cinta yang kita impikan.. amin....

Assalamualaikum.. (^_^)

Saturday, May 26, 2012

bila kita "jumpa balik" jalanNYA..

Assalamualaikum  pembuka bicara ana pada kali ini...

Manusia ini dijadikan sebagai seorang yang tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Tapi adakah kesilapan itu akan terus kita buat kalau kita jumpa "jalan" yang betul ??
Adakah kita akan terus di belenggu dengan rasa dosa andai kita ada usaha untuk mencari jalanNYA?

Ana sendiri jugak bukannya baik sangat. Dosa itu tak pernaj jauh dari ana, ada je yang ana lakukan. Tapi ana takkan biarkan semua tu terus menerus datang dan menguasai diri ana. Manusia mana yang ingin dirinya di belenggu dosa dan maksiat? Pasti tak tenang hidupnya nanti..

Setiap dosa yang kita lakukan itu pasti ada pengampunan di sisiNYA. Jangan pulak antum semua salah sangka yang kita di benarkan buat dosa sesuka hati. Ana sendiri pernah hanyut dalam kancah "cinta manusia" .
Sesungguhnya andai cinta manusia di salah tafsir,pasti diri ini akan terus lemas dalam lautan "cinta mainan" itu.

Ana pernah cintakan seorang wanita yang mana dia dah banyak mengubah diri ana (ini hanya pandgan ana sebelum ana sedar akan kebenaranNYA). Ana letakkan sepenuh perhatian ana pada dirinya dan ana sama2 mengajak dia untuk berubah ke arah yang lebih baik. Untuk mengubah manusia itu memang banyak ragam dan caranya. Kami sama2 mencari cara yang boleyh "menghalalkan" cinta kami ini tapi ana "SESAT" sendiri dalam pencarian itu. Ana terlalu meletakkan kepercayaan kepada dia sehinggakan pada suatu hari ana di kecewakan olehnya.

Lepas kejadian itu ana terus menyalahkan diri sendri kerana tak dapat membawa dia ke arah yang lebih baik. Ana salahkan diri ana kerana terlalu cintakan manusia sehingga ana terlupa "PENCIPTA" manusia itu sendiri. Ana terus pergi membawa diri jauh dari dirinya dengan harapan ana ingin dia mengekalkan perubahan yang sama2 kami lakukan.
Barulah ana merasai kenikmatan mencari cinta DIA daripada kenikmatan cinta si dia.
Ana juga sedar bahawa cinta manusia itu tidak akan nikmat kalau kita tak dahului cinta kepada DIA.

   Sakitnya cinta manusia itu seperti di cucuk jarum hati ini andai kita di kecewakan.
Tapi cinta dari DIA tak pernah mengecewakan hati kita, malah insya allah cinta itu akan lebih mendekatkan lagi diri kita padaNYA.
LIHAT~~
Bila kita di beri kesempatan dan peluang berjumpa "kelurusan" jalanNYA, jangan lepaskan peluang keemasan itu dan cuba lah hayati setiap musibah yang berlaku. Pasti akan ada hikmah yang DIA sengaja sembunyikan supaya kita sebagai hambaNYA ini dapat melihat dan mencarinya dengan mata hati,....

Harapakan lah kita di temui hambaNYA yang mencintaiNYA agar kita sama2 cintakanNYA demi meraih keberkatanNYA.
Apa yang ana harapkan sekranag adalah DIA sentiasa bersama ana dalam perjuangan ana menuntut ilmuNYA ini. Soal CINTA ana serahkan segala2nya pada DIA untuk menentukannya.
Ana percaya bahawa jodoh kita di dunia ini sudah di tetapkan olehNYA dan tak kan ada sapa boleyh ubah apa yg tercatat di "luh mahfuz" ...

moga kita merasakan "lautan dan kemanisan" cintaNYA... (^_^)


Ana hadiahkan lagu ini sebagai "penyentuh" cinta kita kepada NYA.. dan moga2 kita merasakan "sentuhan" cintaNYA kelak.. aminn

wasalam.. (^_^)