Assalamualaikum dan salam kemanisan iman untuk antum semua...
Alhamdulillah hari ini ana dapat perkongsian ilmu dari sahabat2 ana tentang suatu perkara. Mungkin antum semua tahu and selalu dengar tentang "tugas kita sebagai khalifah".. And maybe antum semua dah masak dengan perkara ni... hehe.. tapi ana masih dalam sesi pembelajaran lagi dan apa yang ana pelajari hari ni ana nak sama2 kongsikan denga antum semua..
Antum rasa apa actually tugas kita di muka bumiNYA ni?
khalifah?
hamba?
pekerja?
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.”
Surat Adz dzariyat ayat 56
Apa yang kita boleh kita keluarkan main idea yg ada dalam ayatNYA ni? apa yg dimaksudkanNYA dengan "menyembah kepadaku" ? Adakah ianya cukup sekadar solat lima waktu? Adakah ianya memadai dengan buat ibadah tak berhenti2 selama 24 jam?
Kadangkala kita memerlukan waktu untuk mentarbiyah diri sendiri dan pastinya kita juga memerlukan waktu untuk mentarbiyah orang lain... Ianya bermaksud kita membawa 2 tugas dalam satu masa iaitu HAMBA dan KHALIFAH. Yang mana HAMBA ini tugasnya taat dengan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA manakala KHALIFAH bermaksud kita menyampaikan agama ini kepada seluruh umat.
"katakanlah (Muhammad), "inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik." (surah yusuf, ayat 108)
Ana tertarik dengan ayat ini kerana ianya dapat mengajar kita tentang erti tugas kita sebagai khalifah dan hamba. Kita boleh "reflect" kan ayat ini ditujukan pada kita bahawa andai kita sebagai orang yang menyampaikan , sampaikan lah orang yang kita bawa itu ke arah ALLAH dengan penuh pengamatan dalam jiwa moga apa yang kita tujukan itu tercapai dan ada keberhasilannya (^_^)
Bukan mudah tugas ini untuk "dijalankan" dan bukan senang juga tugas ini untuk "ditinggalkan"
Tapi andai kita tahu apa yang dimaksudkan Allah dalam ayatNYA ni pasti kita akan sensitif dengan makna tersirat ini. Mungkin kita belum bersedia untuk melakukan tugas ini tapi percayalah sekali kita menolong agamaNYA ada ganjaran yang DIA sediakan untuk kita. Jangan pernah kenal erti mengalah sebelum bermula. Mungkin ianya sukar pada kata2 tapi mudah dalam perbuatan.
Sebenarnya tiadalah istilah "bersedia" dalam melakukan tugas dakwah ini. Kita mampu lakukannya kalau kita "mulakan"nya. Kadang2 kita ada impian tapi kita takut untuk laksanakan impian itu. Sama seperti ana, ana ada impian untuk lakukan tugas dakwah ini tapi ana takut untuk hadapi apa yang akan berlaku andai ana gagal. Alhamdulillah ada akhi yang mengingatkan "dakwah ini kita tidak lihat pada hasilnya tapi kita lihat sejauh mana usaha yang kita lakukan". Moga ada kemanisan dalam kepahitan...
Jadi apa yang kita tunggukan lagi, sekarnag kita dah tahu tugas kita. Apa kata kita terus bermula untuk berubah. INGAT! Jangan tangguh dalam perubahan jika tak mahu lihat kegagalan (^_^) ... Ana sajikan antum semua dengan salah satu lagu fav ana juga ni.. hehe...
Ana rasa sampai sini je kot perkongsian ilmu kita, moga ada kesempatan lain yang diberiNYA untuk kita berkongsi ilmu lagi... (^_^) .. assalamualaikum
Tiada istilah bersedia, tp kte yg kene mulakan! Suke ayat tuh! Gambare!
ReplyDelete(^_^)
Delete