Saturday, April 28, 2012

Sukarkah untuk BERSYUKUR??

Assalamualaikum dan salam syukur dari ana (^_^) ...

Kenapa ana gunakan "salam syukur" ?? Cuba teka ??
Pernah kah antum semua fikir sejenak yang berapa kali kita lafazkan "alhamdulillah" selama kita hidup MENUMPANG di bumiNYA ini ??
Ada atau tidak terdetik rasa "SOMBONG" terhadap ALLAH S.W.T ??

ALLAH S.W.T dah mengingatkan hambaNYA bahawa kita perlu bersyukur dengan setiap apa yang kita perolehi . Tak kira lah ianya sesuatu yang "pahit untuk ditelan" ataupun "manis untuk di hisap" . Segala2nya kita perlu selitkan rasa KESYUKURAN kepadaNYA .
Dah cukup sangat kah bakti dan jasa kita kepadaNYA dalam mengikut perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA ?

"Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. AL MU'MIN:61)
Cuba kita rungkaikan ayatNYA yang sebenarnya banyak memberikan makna dan definisi tentang makna bersyukur .
Seseungguhnya DIA sudah memberikan pelbagai jenis nikmat yang kita sendiri tidak menjangka akan kenikmatannya . ALLAH S.W.T dah mentionkan bahawa terdapat juga hamba2NYA yang tidak bersyukur atas nikmat yang DIA telah berikan , cuba kita kaitkan ayat itu dengan diri masing-masing . Adakah kita TERGOLONG dalam golongan tersebut ?
Kemungkinan besar kita tergolong dalam kumpulan tersebut andai kita tak pernah terdetik pun untuk melafazkan dan menghayati erti kesyukuran dalam hidup kita ini .

SUKAR KAH UNTUK UNTUK KITA BERSYUKUR ??
PERLU KAH KITA KELUARKAN SEGALA HARTA2 KITA UNTUK MEMBALAS NIKMAT2 ALLAH YANG TELAH DIA BERIKAN ??

"sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. AL-QAMAR:35)

LIHAT !!
Malah ALLAH S.W.T telah menjanjikan rezeki dan balasan yang lebih lagi kepada hamba2NYA yang bersyukur atas nikmatNYA .
Tak teringinkah kita untuk berada dalam golongan yang DIA nyatakan ini ?
Tiada apa yang lebih nikmat selain kurniaan dariNYA .

KESYUKURAN juga haruslah lahir dari keikhlasan hati yang tak pernah di paksa untuk menterjemahkan makna " syukur " itu . Kerana andai ada perbuatan paksaan dalam melakukan perintahNYA , sesungguhnya hatinya itu perlu di bersihkan lagi dari segala "kekotoran" yang selama ini yang kita lakukan .

"Katakanlah:" Dialah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati ". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur." (QS. AL MULK:23)
Dapatlah kita JELASKAN bahawa memiliki hati itu merupakan nikmatNYA kepada kita dan wajarkah kita sebagai penerima "hadiah" tidak membalas jasa dengan menggunakan "anugerah" itu .

Ana sendiri tidak terlepas dari kesalahan dalam erti bersyukur ini .
Pelbagai nikmat yang ana dapat dariNYA akan tetapi ana tak pernah untuk bersyukur ketika khayal dalam lautan kenikmatanNYA .
Ana di kurniakan rezeki dalam kepandaian akal tetapi ana tidak gunakan akal ana itu untuk menunjukkan rasa kesyukuran ana kepadaNYA .
Sehinggalah ana "TERLENA DARI TIDUR" ketika DIA menjemput sahabat ana berjumpa denganNYA . Tatkala itu ana baru rasa bahawa selama ini ana tidak menghargai nikmat "sahabat" yang betul2 berada depan mata ana dengan mengabaikan sahabat ana itu . Apabila ana rasa kehilangan barulah ana menyesal denga perbuatan ana .

Apa yang ana cuba sampaikan adalah andai kita tidak bersyukur dari sekarang terhadap nikmat2 DIA kurniakan ,  pasti suatu hari nanti kita akan menyesal dan tersiksa apabila kehilangan " nikmati " itu .

AYUHLAH " akar-akar " @ remaja sekalian .
Selamatkan diri kita dari lemas di lautan kenikmatan yang hanya memberikan implikasi buruk kepada kita .

BERUBAHLAH !!
Dan perubahan itu bukanlah bermla pada masa akan datang , once hati antum semua terdetik untuk berubah , insya allah itu akan di kira pahala di sisiNYA .
Tiada alasan untuk berubah dan tiada alasan untuk kita tidak bersykur terhadap segala nikmat2NYA .

Moga dendangan lagu yang ana tujukan ini serba sedikit dapat melembutkan hati kita dalam mentafsir erti kesyukuran kepadaNYA..
insya allah...

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana..  (^_^)

Friday, April 27, 2012

HATI yang mana??

Assalamualaikum... salam cinta dari ana... (mood cinta pulak?)

Antum pasti dah basi dengan "hati" kan ? Bila hati je kita mesti kaitkan dengan cinta . Lagi2 remaja@hot stuff macam kita pasti tak lari dari untuk menjaga hati orang yg kita sayang...
PERSOALANNYA??......

Dapatkah kita nak puaskan hati semua orang dalam satu masa?
(senang je soalannya)...
(ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dana apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuhnya.ingatlah ia adalah hati ).
          diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

 Kita rujuk sabda rasulullah s.a.w . Apa yang dapat kita "kupas dan kopek" dari hadith baginda s.a.w tentang hati ini?

Sudah terang lagilah bersuluh yang hati ni adalah anggota yang amat penting dalam tubuh badan kita yang mampu mengawal perbuatan dan pemikiran . Percaya atau tidak yang kemurkaan kita lakukan adalah berpunca dari "kekotoran dan kehitaman" hati kita sendiri .

Jadi secara logiknya,kekotoran akan di bersihkan dengan "bahan peluntur" kan? Pada pandangan ana sendiri ubat yang paling mujarab untuk hati adalah "KALAMULLAH" ...
Apa pun , lumrah bagi kita untuk menjaga hati tak kira lah hati kita atau hati orang lain kerana "kebersihan hati" itu harus di jaga sepanjang masa untuk memastikan "KEMUNGKARAN DI HINDARKAN" ..

Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab bagi kita juga untuk menjaga hati semua insan yang kita sayangi

maksud insan yang tersayang :
(ibu bapa,keluarga,sahabat,guru dan kenalan)HEHE...harap maklum (^_^)

Akan tetapi adakah kita MAMPU untuk menjada kesemua hati2 ini ?
MAMPUkah kita "membantu" untuk menjaga kebersihan hati2 ini ?

Dari sudut akalnya ianya bukan sesuatu yang mudah bak kata orang2 "kacang je~~" ... untuk memastikan kesemua hati ini dapat kita jaga adalah suatu cabaran juga bagi kita .
Namun tak bermakna kita tak perlu menjaga kesemuanya .
Paling tidak pun "CUBA" untuk menjaga kerana andai hati mereka2 sakit kerana kita , wujudnya "tali2 rapuh dan usang" dalam hubungan silaturahim yang terjalin .
Tak kan kita nak tarik orang yang kita sayang dengan guna "tali2 rapuh".
Confirm2 putus punya ..

Kadangkala kejujuran bagi kita merupakan alasan pada pandangan mereka . Oleh itu mungkin "diam diri" adalah terbaek untuk kita kerana jikalau mereka tahu perkara sebenar yang terjadi yang menyebabkan kita tak dapat memuaskan hati2 mereka , pasti erti "kefahaman" terhadap alasan kita akan lebih mendalam mereka terima .

Bukan semua hati kita dapat jaga , namun buatlah yang terbaik untuk menjaga hati2 orang yang kita sayang .

Namun hati kita pun jangan lah sampai "terleka dan alpa" untuk jaga sebab kita pun tak nak jugak "HAK KITA" kotor dan berhabuk .
YANG PASTI , dalam hati kita mesti ada "ALLAH" sentiasa kerana DIA sentiasa bersama kita .
Kita pun kena lah sentiasa berada dekat dengan DIA . Insya allah akan menjadi hamba NYA yang di redhai dan di berkati sentiasa (^_^)

Ana harap antum semua serba sedikit dapat ambil intipati "padangan" ana ini . Dari 100 % ana sampaikan , cukuplah 2 % antum semua ambil dan aplikasikan dalam kehidupan . Insya allah ianya berkesan dalam jangka masa yang panjang (^_^)

Macam biasa , ana pasti akan hiaskan dengan lagu sebelum undur diri .
Untuk antum semua , syukran . ENJOY ok ;-)


Assalamualaikum.. salam cinta (^_^)

Monday, April 23, 2012

JATUH HATI or JATUH CINTA

Assalamualaikum dan salam cinta dari ana ...

Pada pandangan antum semua yang mana satu antum suka "maen jatuh2" ?
                   
                     "jatuh cinta?" or "jatuh hati?"

HUHU...mesti antum semua pelik kan ana asyik bicara tentang "cinta" je.Hal ini kerana (skemanya ayat ==') itu adalah satu perasaan yang kita tak dapat nak elakkan.Ianya datang dari mana? Dari ALLAH S.W.T.....
Keinginan untuk bercinta dan suka kan seseorang itu pasti akan lahir dalam hati kecil kita semua TETAPI adakah cinta itu "perlukan pengorbanan" ??

Acapkali kalau kita lihat dalam drama2 atau filem2 pasti akan ada cerita cinta yang "menonjolkan" pengorbanan yang "tak seberapa" pun sebenarnya.
Sebagai contoh :

    1.Tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang lain (nak muntah kot)
    2.Mati kerana sayangkan orang yg kita sayang (better mati syahid :P)
    3.And so on lah.....

"Inikah yang dinamakan cinta" ????
jawapannya...........>>>>> TIDAK~~~~

Perasaan cinta dan sukakan seseorang itu memang akan datang tapi apa yang patut kita buat kalau perasaan tu datang???
ISTIGHFAR banyak2 dan ingat ALLAH kerana mungkin perasaan itu boleyh menjadikan DIA di tempat kedua.....

Ana pun dulu "merasakan cinta" yang mana serba sedikit mengheret ana ke lembah maksiat ^^.ASTAGHFIRULLAHALAZIM ...
Namun ingatlah, "setiap yang gelap pasti akan ada terangnya"...
Andai kita takut apabila bercinta akan menjauhkan kita dengan DIA,

                "HINDARKAN!!!!!" "JAUHKAN!!!!"

Percintaan itu sendiri akan terasa nikmatnya apabila cinta yang kita jalinkan itu merupakan "cinta yang halal".... antum semua faham tak rasanya maksud ana? :P...
Apa lagi kalau tak "PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN"....
Suatu percintaan yang sentiasa DIA berkati... Nikmatnya juga akan dapat kita rasakan...

Terlalu banyak faedah yang kita akan dapat andai kita hindarkan percintaan sebelum berkahwin.Bahkan kita jauhkan diri kita dari zina ..
Seperti apa yang ALLAH S.W.T suruh kita dalam ayatnya... :

 "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. AL ISRA:32)
"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. AN NISAA':129)

Andai kita pegang dan faham maksud ayat ALLAh ini insya allah kita faham apa yang patut kita buat andai "cinta datang pada kita"...
Muslim/Muslimah yang cemerlang adalah mereka yang bijak mengaplikasikan ayat dan suruhan ALLAH s.w.t yang terkandung dalam AL-QURAN.. ^^

Kita hidup di dunia ini sebagai khalifah yang menjalankan KOMITMEN kita sebagai hambaNYA.DIA segala-galanya bagi kita.
HALAKAN cinta yang kepada ALLAH S.W.T supaya cintaNYA sentiasa memayungi kita.
Bukan kita dambakan cinta yang hebat2 di dunia tapi kita tak dapat cintaNYA di akhirat kelak.
NAUZUBILLAH .. \(^.^)/

Dambakan lah cinta yang halal insya allah terselit kenikmatan dan keberkatan.Akhir kata dari ana,

"berharaplah diri dicintai insan yang mencintaiNYA"
PERCAYA BAHAWA ..
"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"
BE A REAL MUSLIM TO GET A REAL MUSLIMAH...

muhasabah cinta kita bersama2 sambil dengar lagu favourite ana ni (^_^)
ASsalamualaikum... salam cinta  n_n

Sunday, April 22, 2012

pintuNYA sentiasa terhidang luas untuk kita

ASSALAMUALAIKUM w.b.t... \(^.^)/

DOSA?
"suatu lumrah bagi kita sebagai HAMBA ALLAH YANG LEMAH melakukan dosa."
Kata2 ini lah yang sering di luahkan apabila di tanya tentang dosa.Akan tetapi adakah kita sedar dosa yang kita lakukan itu adalah daripada diri kita sendiri.HATI kita yang berbisik untuk melakukan dosa.HATI kita yang di racun oleh SYAITAN DURJANA untuk melakukan dosa.

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. AL A'RAAF:200)

Tidak cukup jelas lagikah KATA2 ALLAH yang mengingatkan kita supaya sentiasa berdamping dengan DIA tatkala kita di goda SYAITAN DURJANA. Adakah kita masih nak MENYALAHKAN TAKDIR apabila kita melakukan dosa.
                                          "tepuk dada , tanya iman"
Ramai dalam kalangan remaja sekarang "mabuk" dengan hiburan2 zaman sekarang yang banyak merosakkan akidah kita.
Dengan gejala sosial yang semakin menjadi2... Semuanya dari kalangan kita (REMAJA).Apakah ini yang kita impikan untuk membangunkan agama kita?
tentunya tidak bukan? \(^.^)/

Walaupun kita tak lari dari dosa namun tak bermakna tiada pintu NYA yang terbuka untuk kita agar kembali ke jalanNYA.
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN... \(^.^)/
DIA sentiasa menyayangi hambaNYAyang meminta keampunan atas dosa2 yang telah di lakukan dan insya allah dengan kesungguhan kita untuk bertaubat dan berubah,DIA akan mengampunkan kita.SYARATNYA??

ISTIQAMAH..ini lah alternatif tambahan kita (^.^)
apa makna "istiqamah"? Dalam bahasa mudahnya "kekal atau maintain".
sesuatu perubahan ke arah yang baik jikalau kita kekalkan , insya allah DIA memandangnya dengan pandangan yang mulia (^_^)

MASALAH remaja2 islam sekarang adalah mereka "cepat bertaubat dan cepat juga meninggalkan taubat".
Bermakna mereka melakukan perubahan itu dalam tempoh masa yang singkat dan "bertaubat apabila ditimpa kesusahan".
Ini bukan cara nya taubat.Ini dinamakan "MEMPERMAINKAN ALLAH".

Kita ini "HAMBA" dan bukanlah "RAJA" dan tidak sepatutnya kita permainkan kemaafan yang kita perolehi dari DIA. Na'uzubillah.....
Adakah kita ingin "tempah tiket" ke neraka?
Ataupun kita nak "tempah tiket" ke syurgaNYA?

Fikirkan lah remaja2 islam (AKAR) sekalian.
Sehebat mana kita di dunia ini dengan kesenangan yang kita perolehi,tak bermakna kesengan dan kebahgiaan "menanti" kita di akhirat kelak.
JAUHKANLAH diri kita dari perkara2 yang "menjauhkan" lagi kita dengan DIA.

Untuk berubah bukan pada masa yang akan datang,tapi ianya bermula SEKARANG (detik ini).Sucikan niat kita untuk berubah dan "menyesal" dengan dosa2 yang telah kita lakukan sebelum ini.
Pohonlah perlindungan dariNYA daripada "BISIKAN SYAITAN" yang hanya mengheret kita ke lembah neraka di akhirat kelak.
Masih belum terlambat lagi bagi kita untuk bertaubat kepadaNYA.


Marilah sama2 kita basahkan lidah kita ini dengan puji-pujian kepadaNYA dengan doa taubat yang ana kongsikan ini.
Tanamkan dalam hati ini yang kita betul2 ada "penyesalan" yang teramat sangat dan mohon di lindungi supaya di hindarkan daripada bisikan syaitan.. insya allah ^^

Ana minta maaf andai ada yang terasa hati dengan kata2 ana.Bukan niat hati ana menyakiti tapi ana mahu "menyembuhkan" luka2 busuk dalam hati kita supaya hati kita bersih dari segala "kudis2" yang kita buat sendri .
wallahua'lam ....
 

Saturday, April 21, 2012

AQSA hak kita bersama






ASSALAMUALAIKUM dan salam keamanan...
(comel tak budak yang dalam dirinya ada jihad fisabilillah,kita ada?)

AQSA....  Pernah tak kita sebagai "akar" islam ambil tahu isu tentang "HAK KITA" ini?  Adakah kita lebih mementingkan "HAK YANG TIDAK JELAS" bagi kita? (hak bangsa,hak pengguna,hak "tuih")

Ramai di kalangan remaja sekarang hanya "hanyut" dalam lembah khayalan yang "yahudi laknatullah" SAJIKAN untuk terus menarik kita jauh dari memikirkan komitmen kita sebagai remaja ISLAM.
"AKAR" itu tidak akan di kira berfungsi andai kita tak buat apa2 untuk menguatkan struktur pokok yang kita tanam.

AQSA merupakan tanah suci yang pertama bagi umat islam di ikuti MAKKAH AL-MUKARRAMAH.
Masih terlena kah kita tentang perkara ini?
Masih lagi kita nak lihat "hak kita" di ceroboh dan di huru harakan?
Cuba bayangkan apabila mereka yang sengsara dan menderita di sana adalah "IBU,AYAH,ADIK,AKAK,ABANG" kita.
Relakah hati antum smua untuk lihat mereka DIROGOL,DIBUNUH,DI TEMBAK KEPALA,DI SEMBELIH?

INGAT,saudara kita bukan keluarga kita sahaja.
NABI MUHAMMAD S.A.W menyebarkan islam ke serata dunia adalah untuk mewujudkan "KASIH SAYANG DAN CINTA" sesama saudara islam kita.Saudara kita di sana sedang menderita zahir dan batinnya TETAPI KITA SEDANG MENYEKSA JIWA SENDIRI dengan melakukan perkara yang sia-sia.Mana perginya "tanggungjawab" kita sebagai saudara menuntut kembali hak saudara MALAH ianya "hak kita ISLAM".

Jangan jadikan alasan TIADA CARA untuk membantu saudara2 kita di sana.JIHAD tak bermaksud turun di medan perang,tapi kita mesti BERPERANG DENGAN JIWA agar dapat kita menegakkan kembali hak kita di sana.JIHAD ini bermaksud kita bersungguh2.Saudara2 kita di sana berperang dan berjihad UNTUK MATI manakala tentera yahudi laknatullah berperang UNTUK HIDUP.2 perkara yang berbeza dan ianya di bezakan dengan semangat JIHAD yang ada dalam diri sendri beserta TUJUAN KITA BERJIHAD itu sendiri.


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS. MUHAMMAD:7)
dengan KATA2 ALLAH ini kita boleh tanya diri kita sendiri,adakah selama ini kita menjalankan tanggunjawab kita terhadap agama kita?
cukupkah pertolongan yang kita berikan itu?
PERCAYALAH kata2NYA kerana lihat sahaja buktinya.,..

Saudara2 kita di sana bukannya mempunyai senjata dan kelengkapan yang canggih tapi sehingga sekarang mereka masih mampu bertahan dan melawan lagi.Mereka yang berjuang itu bukan lah mempunyai FIZIKAL YANG IDEAL DAN KUAT.Namun mereka GAGAH DAN KUAT dengan "AL-QURAN".Mereka yang turun berperang di medan pertempuran terdiri daripada HAFIZ2 yang menghafal al-quran.Itu lah kekuatan ISLAM.

Ini mengingatkan kita kembali semasa perang badar yang mana jumlah tentera islam jauh beza jumlahnya berbanding musyrikin mekah yang ramai.Akan tetapi,KUALITI mereka yang sedikit itu membuatkan HASIL yang mereka perolehi lebih berbaloi dari mereka yang ramai.

JIHAD kita bukan pada isu palestin sahaja,namun ianya harus berterusan supaya kita dapat membangkitkan agama kita yang mula di anggap asing di mata dunia.
AQSA hak kita dan kita harus buka mata untuk lihat siapa MUSUH kita.

FISABILILLAH ANTUM!

Akhir kata ana dendangkan sebuah lagu yang mengisahkan perjuangan saudara2 kita di palestin.Moga allah sentiasa melindungi dan mmberi kekuatan kepada mereka semua..
INGAT~ jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim,insya allah DIA kelak akan menolong kita jugak.. amin..




Friday, April 20, 2012

remaja dan "CINTA"

CINTA....

CINTA memang merupakan satu kewajipan bagi remaja2 zaman sekarang. setuju tak? tapi itu hanya pada pndgan ana sahaja.. maaf kalau salah. hehe..

Akan tetapi segelintir remaja2 zaman sekarang banyak yang salah menafsirkan definisi "CINTA" itu sndri. Bnyak dari kalangan mereka menganggap cinta haruslah "COUPLE". perlu ke??????

Tak smestinya kalau kita nak bercinta tu mesti ada status "couple". Agak kurang sedap bunyinya di situ.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. AL ISRA:32)
Masih tak cukup lagi ke dengan penegesan ALLAH S.W.T  dalam al-quran?
Apakah kita masih nak terus khayal dalam lembah yang mana menjauhkan diri kita dari DIA?cuba "amati" pengertian "JANGAN DEKATI ZINA"

SEGELINTIR remaja zaman sekarang berfikiran bahawa kalau "couple" je mesti :

   1.DATING
   2.GAYUT DALAM TELEPON
   3.PEGANG2 TANGAN
   4.AND THE BUAT STATUS KAT FB "in a relationship" =='

apakah smua ini???
kita tahu yang perkara yang macam ni hanya dekatkan lagi kita pada zina.
so,dengan pemikiran yang matang yang telah ALLAH S.W.T kurniakan kita GUNAKAN dengan sebaik2nya.

Pada pandangan ana sendiri di usia ini bukan lah satu "kewajipan" bagi kita untuk bercinta kerana komitmen kita lebih kepada :

1.AGAMA (dah cukup kental kah iman kita?)
2.IBU BAPA (bila besar nnti nak balas jasa ibu ayah dgn apa?)

Apa kata kita penuhkan masa kita dengan buat perkara SELAIN DARIPADA 4 perkara yang ana sebutkan kat atas tadi.
TAK RUGI!~~~

KALAU nak bercinta boleyh!! dengan syaratnya cintailah DIA dahulu sebab DIA pencipta kita.Kalau kita cintakan wanita yg kita cinta tapi "tak jatuh cintakan" PENCIPTA kita umpama kita ini...

     "RAKYAT YANG DURHAKA KEPADA RAJA"
Oleh yang demikian (skema gila ayat ==' ),sama2 lah kita JATUH CINTAKAN hati kita pada ALLAH S.W.T. Ana ada satu lagu yang nak di kongsikan untuk santapan antum semua.Moga lagu ini dapat mengembalikan perasaan CINTA kita pada DIA..



INSYA ALLAH ada masa ana sambung lagi bicara tentang cinta. TAJUK yang  "amat panjang" kalau ingin di bincangkan.hehe...
ana mohon maaf sekiranya ada tersalah info atau selisih pendapat dengan antum smua.

읽어 주셔서 감사합니다 ..
(kalau dah baca,terima kasih)

salam cinta dari ana buat antum smua ;)
 


















SALAM keimanan \(^.^)/

Assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kepadaNYA kerana dapat juga ana hasilkan blog untuk ana melampiaskan pandangan ana ^^

Insya allah ana akan mmbawa tema "REMAJA" yang mana golongan yang paling kuat,cergas,pintar dan bnyak lgi kelebihan yang ada pada remaja :

Oleh sebab kelebihan itu lah "remaja" ini kadangkala di heret ke lembah yang akan menjauhkan diri dgn DIA.Ana sendri bergelar remaja yang mana pada ana remaja ini di umpamakan sebagai "akar" atau "daun".

AKAR berfungsi sebagai tunjang yang mana mengukuhkan kekuatan pokok itu supaya tak tumbang walaupun ianya "tinggi".Apa yang boleh kita lihat adalah setinggi mana pun pengaruh islam di muka bumi ini ianya di kawal oleh "remaja" yang mana "KUATNYA REMAJA,KUATLAH SATU2 AGAMA ITU"...

Moga golongan "remaja muslim" kita hari ini bangkit dari tidur yg betul2 lena "BERBANTALKAN" hiburan yang hanya menjauhkan diri kita dariNYA... ingat duhai remaja sekalian, "PERUBAHAN YG ISTIQAMAH SENTIASA DI BAWAH PANDANGAN ALLAH".

BERUBAHlah demi mendapat keredhaan dariNYA ..
WALLAHU'ALAM.. ;)